Updated: Kekeliruan pasaran - SST tetap ada pada harga jualan

oleh HEZERI SAMSURI|
Nampaknya kekeliruan telah berlaku di mana laporan awal dari beberapa media (termasuk Careta) dan juga Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyatakan tidak ada SST untuk kenderaan-kenderaan biasa yang dipasang secara tempatan dengan enjin di bawah kapasiti 2.5L dan bagi motosikal pula di bawah kapasiti enjin 800cc.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut sumber Careta, senarai yang dikeluarkan oleh Kastam Malaysia itu ialah untuk memudahkan proses pencukaian SST yang bakal berlangsung pada 1 September kelak.

"Cukai SST tetap akan dikenakan pada kenderaan kepada pembeli. Yang tidak dikenakan cukai ialah harga komponen, barang mentah dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh vendor untuk kenderaan yang dipasang secara tempatan atau CKD," ujar sumber industri yang memberitahu Careta sebentar tadi.

Sebelum ini, di bawah sistem GST, kesemua pembekal dan komponen dikenakan cukai. Bagi sistem SST pula, cukai hanya akan dikenakan pada harga terakhir kenderaan di dalam pasaran. 

Menurut senarai dari Cadangan Barangan Dikecualikan Dari Cukai Kenderaan yang dimuatnaik ke laman web Kastam Malaysia, kenderaan penumpang dengan enjin tidak melebihi 2,500 cc tidak akan dikenakan cukai SST.

Motosikal dengan enjin tidak melebihi 800cc juga tidak akan dikenakan SST. Lebih menarik, alat ganti dan komponen untuk motosikal juga disenaraikan sebagai bebas SST.

Namun begitu, Careta masih merasakan cukai berdasarkan kapasiti enjin kenderaan ialah satu cara lapuk dan ketinggalan zaman.

Cukai kenderaan perlu berdasarkan kadar asap atau emission sesebuah kenderaan. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Susulan pendaftaran SST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, kami akan mula mengenakan SST pada…
Berita Domestik
Penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, berkata industri automotif ketika ini…
Berita Domestik
Namun disebabkan masalah kekurangan cip semikonduktor yang masih lagi belum reda, sebanyak 264,000…