UPDATE TANAH RUNTUH: DUA MAYAT DITEMUI

oleh Hamimah Hamid|
DUA mangsa yang tertimbus bersama kenderaan dalam kejadian tanah runtuh di Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley, Simpang Pulai telah ditemui dan disahkan meninggal dunia.

Mangsa pertama, Muhammad Hafiz Hamdi, 31, pemandu lori yang membawa muatan sayur dari Cameron Highlands ke Ipoh
berjaya ditemui kira-kira jam 8 malam Khamis.

Seorang lagi mangsa, Tan Chee Heng, 36 ditemui dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire juga disahkan maut di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, identiti mangsa pertama  yang berasal dari Tanjung Piandang, Parit Buntar berjaya dikenal pasti.

"Mayat mangsa kedua berbangsa Cina yang memandu Toyota Vellfire berjaya ditemui pukul 9.30 malam. 

"Mangsa yang dipercayai berasal dari Klang, Selangor dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang" katanya.

Ujar Datuk Meor Faridalathrash, tiada penumpang lain di dalam lori dan MPV yang terperangkap dalam runtuhan itu.

Beliau turut mengesahkan hanya dua kenderaan dikenal pasti tertimbus dalam runtuhan tanah tersebut iaitu lori dan MPV yang ditemukan terbalik dalam kejadian itu.

Katanya, operasi mengeluarkan kedua-dua mangsa telah selesai dan mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

lakaran lokasi

 

Operasi dilakukan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).