UPDATE : Pesawat terhempas, jurulatih penerbangan maut

oleh Hamimah Hamid|
Seorang jurulatih penerbangan maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, Ipoh, malam tadi.

Mangsa yang maut ialah pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Fajim Juffa Mohd Mustafa Kamal, 52, manakala yang cedera, Muhammad Din Fikri Zainal Abidin, 62 tahun juga seorang jurulatih penerbangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam kemalangan kira-kira jam 8.10 malam tadi, pesawat terbabit terhempas dalam kawasan rumah pam Sungai Rokam milik Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) yang terletak bersebelahan kediaman penduduk.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, maklumat awal nahas melibatkan pesawat jenis Piper 28 yang berlepas dari Bats Aviation Sdn Bhd (BATS) berhampiran.

“they take off from the flying school dekat apa ni lapangan terbang, sebelah lapangan terbang tu ada sekolah, sekolah latihan juruterbang, macam saya kata tadi mereka ni daripada Bats Aviation Flying School, sekitar jam berapa tu, kejadian kita terima maklumat lebih kurang pukul 8.5 minit, 8.10 kita terima maklumat, so kita percaya mereka dah terbang lebih awal daripada tulah.”

Menurut Datuk Mior Faridalathrash, kedua-dua mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan dari bangkai pesawat dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) kira-kira jam 9.20 malam.

Beliau berkata, polis telah memaklumkan kepada keluarga kedua-dua mangsa yang berasal dari Semenyih, Selangor dan Bukti Damansara, Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan mengenai punca sebenar kejadian diserahkan kepada pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).