Untung bersih PETRONAS melonjak 51 peratus tahun lepas

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2022 merupakan tahun yang memberangsangkan buat syarikat Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY2022), PETRONAS mencatatkan keuntungan bersih RM101.6 bilion, atau peningkatan sebanyak 51 peratus berbanding RM50.9 bilion tahun terdahulu.

Selain itu, syarikat minyak dan gas negara itu merekodkan peningkatan 100 peratus untuk hasil tahun ke tahun (y-o-y) kepada RM375.3 bilion pada FY2022 disebabkan impak harga yang menggalakkan untuk produk-produk utama sejajar dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.

Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat 70 peratus tahun ke tahun kepada RM170.7 bilion.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi (CFFO) PETRONAS meningkat kepada RM135.3 bilion, manakala pelaburan modal berjumlah RM50.1 bilion disumbangkan oleh projek-projek huluan dan hiliran.

Jumlah aset syarikat juga mengukuh kepada RM710.6 bilion pada 31 Dis, 2022.

Ekuiti pemegang sahamnya meningkat kepada RM401.6 bilion pada 31 Dis, 2022, terutamanya disebabkan oleh keuntungan yang dicatatkan pada tahun tersebut.

Sepanjang tahun lepas, PETRONAS merekodkan jumlah purata pengeluaran harian sebanyak 2,434 ribu tong setara minyak (boe) sehari, didorong oleh permintaan yang bertambah baik di Semenanjung Malaysia, serta peluang yang direalisasikan dan prestasi yang lebih baik daripada operasi antarabangsa.

Untuk tahun ini, PETRONAS mengunjurkan harga akan menjadi sederhana disebabkan jangkaan kelembapan ekonomi.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Global
Kedua-dua syarikat global itu akan mengadaptasi strategi digital, menghasilkan pendekatan pasaran…
Sukan Bermotor
Baginda mengeluarkan kenyataan tersebut melalui akaun peribadi rasmi Instagram baginda @tunku_idris…
Informasi
Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, laporan itu turut membabitkan video palsu Tengku…