Untuk Dijual: Dodge Charger 1970 Tantrum 1,650 hp Speedkore

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01

Jika para pembaca masih ingat lagi Speedkore dengan jentera kustom Evolution yang menyerupai sebuah Dodge Charger 1970, anda perlu melihat sebuah lagi jentera asli yang sebenar-benarnya. 

Baca: Evolution - bukan sebuah Dodge Charger 1970

Dodge Charger 1970 Tantrum ini memang merupakan jentera asli yang telah diberikan modifikasi restorasi yang begitu teliti dan hasil yang amat mengkagumkan. 
 


Ia menggunakan enjin 9.0 liter Mercury Racing V8 QC4v DOHC turbo berkembar dengan kuasa 1,650 hp yang digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan TREMEC T-56!

Sudah tentu casis asal tidak mampu untuk menampung bebanan kuasa yang dihamburkan, lantas pihak Speedkore membuat keputusan untuk membina casis kustom dengan sangkar keselamatan terbina dalam. 
 


Bagi memastikan kuasa disalurkan ke jalan raya dengan sempurna, set roda Michelin Pilot Super Sport 345-series digunakan pada keempat-empat sudut membaluti set rim HRE S104 - saiz 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang.

Speedkore amat terkenal dengan hasil kerja melibatkan gentian karbon, dan ini yang cuba dipersembahkan menerusi Tantrum. 

 


Tidak hanya bahagian dalam dan luar panel pintu diperbuat daripada bahan tersebut, malah perincian turut diberikan pada komponen seperti grill hadapan, kluster meter dan tombol gear, semuanya daripada gentian karbon. 

Menyambut kehadiran pemandu adalah ruangan kabin yang dihiasi kemasan kulit retro-moden serta upholsteri Alcantara.
 


Untuk menjadikan Tantrum ini lebih bernilai dikalangan para peminatnya, kereta yang ikonik dengan karakter Vin Diesel ini pernah muncul dalam babak filem Fate and The Furious. 

Sekiranya anda berminat, anda boleh membeli unit tunggal ini di laman web Fusion Luxury Motors, sebuah syarikat pengedar yang berpengkalan di Chatsworth, California. 
 


Harga pula tidak didedahkan, namun melihatkan hasil kerja Speedkore yang sangat teliti ini, tidak mungkin anda akan mendapatkan harga semurah Proton Arena di laman mudah.my.

Sumber: Fusion Luxury Motors