Untuk dijual: Brabus 3.6S Lightweight, bermula dari RM575 ribu di UK

oleh Mohamad Hanif|
Sudah banyak model-model moden jenama penala terkenal Brabus yang telah kami pamerkan sebelum ini, namun tidak ramai yang tahu Brabus juga pernah menghasilkan sebuah model yang digelar sebagai 3.6S Lightweight.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada tahun 1988, penala dari Jerman itu telah memperlihatkan sebuah protaip 190E yang lebih hardcore, dan ia hanya menampilkan dua tempat duduk tanpa sebarang ciri-ciri keselesaan.

Namun, para pelanggan boleh juga memilih untuk memasang ciri seperti pendingin hawa dan juga tempat duduk belakang jika mahu.

 


Dua puluh tahun selepas itu, pengarah PR Brabus Sven Gramm pada ketika itu meminta Brabus untuk menghasilkan sebuah model one-off berdasarkan model 3.6S Lightweight yang asal.

Unit yang dikomisyenkan oleh Sven Gramm itu kini diiklankan menerusi laman web eBay untuk dilepaskan kepada mereka yang berminat.

 


Mengikut spesifikasi, model ini dikuasakan oleh enjin enam silinder sebaris 3.6 liter yang menghasilkan 286 kuasa kuda dan 365 Nm, serta menampilkan komponen yang dimodifikasi seperti sistem penyejuk enjin, sistem penyejuk bendalir transmisi, dan sistem penyejuk minyak yang ditempatkan pada spoiler belakang.

Selain daripada itu, kereta merah ini turut mendapat sistem ekzos keluli tahan karat, dan manifold kustom.

 


Dari segi prestasi, ia mampu memecut sepantas 6.3 saat dari 0-96 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 254 km/j.

Keempat-empat sudut dihiasi dengan roda 16 inci monoblock Brabus yang dikemaskan dengan warna perak sementara tayar pula adalah Yokohama Advan A048s bersaiz 225/45 R16.

 


Model one-off 3.6S Lightweight ini tidak duduk diam di dalam garaj, sebaliknya pemilik terdahulu Sven menikmati setiap saat pemanduan jentera ini sebelum membuat keputusan untuk menjualnya pada tahun 2016.

Kini, unit dengan jarak perbatuan sekitar 10,439 km ini sedia untuk mencari pemilik baharu dengan harga jualan bermula dari £99,995 (RM574,725).

Sumber: eBay