Unplugged Performance kini diiktiraf secara rasmi oleh Tesla

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang tidak tahu, Unplugged Performance merupakan sebuah syarikat penala yang memiliki kepakaran 'menyentuh' model-model Tesla, dan berpengkalan di Los Angeles.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kali pertama jenama Unplugged Performance menarik perhatian penulis adalah pada tahun 2014 ketika sedang melayari laman web Speedhunters, di mana ia memaparkan sebuah Tesla Model S yang telah menjalani modifikasi kosmetik.

Daripada sebuah sedan elektrik yang membosankan, Unplugged Performance berjaya memberikan sentuhan yang tersendiri kepada Tesla Model S itu, dengan sistem suspensi yang direndahkan, rim yang lebih besar serta beberapa barangan yang diperbuat daripada gentian karbon.

Setelah lebih lapan tahun, Unplugged Performance kini boleh menarik nafas lega apabila berjaya diiktiraf sebagai pusat servis dan pakar badan yang diiktiraf sendiri oleh Tesla.

Menurut satu hantaran di laman Instagram, Unplugged Performance turut mengumumkan mereka telah melengkapkan program latihan rasmi daripada Tesla, membolehkan juruteknik mereka mendapat akses kepada kelengkapan diagnostik kenderaan, peralatan pembaikan, serta akses kepada alat ganti secara terus daripada Tesla.

Ini bermakna, pelanggan Tesla bukan sahaja boleh mendapatkan khidmat servis brek, suspensi, serta pembaikan badan daripada Unplugged Performance, mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat berhubung naiktaraf prestasi kenderaan elektrik mereka.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Kita sedia maklum bahawa rekaan Cybertruck sememangnya sukar untuk dihadam, lebih-lebih lagi…