Uniti One - kereta elektrik tiga penumpang dari Sweden, bermula dari RM80 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah diperkenalkan buat kali pertama pada tahun lalu, pembuat kereta elektrik yang berasal dari tanah tumpahnya minyak hitam Volvo dan Saab kini bersedia untuk menyerang beberapa pasaran di Eropah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Uniti One (bukan Unifi) akan ditawarkan dalam dua varian, di mana varian asas akan menerima pek bateri 12 kWh yang memberikan jarak operasi sejauh 150 km untuk sekali cas penuh. 

Manakala varian yang lebih besar (24 kWh) mampu memberikan jarak yang lebih jauh iaitu 300 km, terima kasih kepada berat bersih kereta comel ini yang hanya sekitar 600 kilogram sahaja. 
 


Uniti One disasarkan penggunaannya untuk laluan urban sahaja, jadi pecutannya tidaklah sepantas kereta elektrik yang ada di pasaran. 

0-100 km/j hanya mengambil masa 9.9 saat dan kelajuan maksimum dihadkan kepada 120 km/j, sudah cukup untuk kegunaan anda seharian. 

Uniti One direka supaya mampu menyokong pengecasan 50 kW yang mana jarak 100 km boleh diperoleh dalam masa 10 minit sahaja, manakala varian 24 kWh pula mengambil masa kira-kira 17 minit dengan menggunakan pengecas yang sama. 

 


Kabin kereta comel ini hanya mampu memuatkan tiga orang pada satu-satu masa, di mana pemandu duduk di posisi tengah kenderaan bagi mengoperasikan kenderaan ini. 

Rekaan papan pemuka juga sangat ringkas dan minimalis, di mana terdapat kehadiran tiga paparan berbeza, dimulakan dengan paparan navigasi di bahagian kiri, kluster meter di balik stereng dan paparan infotainmen di bahagian kanan. 

 


Sebagai sebuah kereta urban, Uniti bakal menawarkan opsyen sistem pengelakan pelanggaran MobilEye's 6, termasuklah sistem audio dengan enam pembesar, manakala sistem pencahayaan suram didatangkan sebagai ciri standard. 

Harga jualan di UK bermula dari £15,100 (RM80 ribu) selepas subsidi kerajaan sebanyak £3,500 (RM18,544). 

Berita Berkenaan

Informasi
Malah pembayaran juga perlu dilengkapkan menerusi aplikasi Hello Smart App, dan bukan menggunakan…
Berita Global
Lebih 2,000 orang pekerja terjejas kesan daripada penutupan projek tersebut, namun menurut laman…
Telah Diuji
Di Malaysia, pengedaran dan penjualan kereta elektrik smart dikendalikan oleh Pro-Net, sebuah anak…