Unit Tindakhas (UTK) bakal miliki pusat latihan serta pejabat sendiri

oleh SALINA JALIL|
gambar dari Harian Metro
Unit Tindakhas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bakal memiliki pejabat dan pusat latihan sendiri yang berteknologi tinggi dan serba moden.


Difahamkan, projek pembangunan di atas tanah seluas 10.11 hektar itu dilaksanakan kontraktor Pertama Makmur Sdn Bhd yang menelan kos mencecah RM157 juta dan dijangka siap pada Mei 2024.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Pejabat dan Pusat Latihan UTK di Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih berkata, projek pembangunan UTK pertama itu dilaksanakan bagi menangani kekangan pasukan berkenaan sebelum ini yang terpaksa menjalani latihan di pusat lain.

 

Beliau berkata, pasukan ditubuhkan sejak 1 Januari 1975 itu sebelum ini ditempatkan di dua blok di Bukit Aman.

"Bagaimanapun, dengan peningkatan perjawatan UTK PDRM seramai 420 orang pegawai dan kakitangan, kedua-dua blok itu tidak lagi dapat menampung jumlah anggota.

 

Selain bangunan pejabat dan pusat latihan UTK, beberapa infrastruktur lain akan dibina adalah Bilik Keselamatan VVIP, laluan bawah tanah, bengkel kenderaan, gudang simpanan kenderaan pasukan, bahagian persenjataan, stor, rumah penyimpanan peluru (Magazine House) dan menara tinjau.

 

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Acryl Sani ketika berucap memaklumkan PDRM amat menitikberatkan penyampaian perkhidmatan profesional dan berkualiti termasuk menjaga aspek kebajikan warganya.

 

Beliau berkata, projek pembinaan kompleks baharu UTK itu jelas mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap keperluan pasukan dalam menyediakan prasarana yang kondusif khususnya buat pasukan elit terbabit.

 

"Kemudahan latihan serba moden ini berupaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan operatif UTK dalam apa jua keadaan dan ancaman, selain melahirkan para operatif UTK sebagai 'high value individuals' yang berkemahiran tinggi dalam penugasan masing-masing," katanya.

 

 

Harian Metro