Unit terakhir Saab 9-3 Aero bakal dilelong

oleh HEZERI SAMSURI|
Saab, jenama Sweden yang sering terumbang-ambing sebelum dibeli akhirnya oleh sebuah syarikat China dengan nama National Electric Vehicle Sweden (NEVS) bakal melelong unit terakhir Saab 9-3 Aero.

Saab 9-3 Aero itu dibina dalam tahun 2014 dan hanya mempunyai pernah dipandu untuk 4.8 kilometer sahaja. 
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
saab 93 interior
Saab wujud semasa zaman papan pemuka dengan konsep "lebih banyak butang bermakna lebih canggih".

 

Ia dilengkapi dengan enjin 2.0L turbo yang menghasilkan 220 hp dan transmisi automatik. Menurut NEVS, unit ini tidak digunakan dan dipamerkan di muzium Saab di bandar Trollhattan, bandar tempat lahir jenama itu.

Tidak ada sebarang pengumuman mengenai harga permulaan untuk bidaan yang bakal berlangsung hujung tahun ini.

Secara rasmi, kilang Saab tutup dalam tahun 2011 tetapi NEVS menyambung produksi kenderaannya untuk seketika di dalam tahun 2013, menggunakan komponen-komponen yang masih ada dalam stok vendor mereka. 

Sebanyak 420 unit Saab 9-3 dihasilkan antara 2013-2014 sebelum ia ditutup terus. 

 

 

Di Malaysia, Saab pernah dijual di bawah syarikat Auto Eurokars dan Jaseri Auto. 

Penulis yang pernah memandu uji model-model Saab ketika itu berpendapat bahawa ia adalah sebuah jenama premium yang mementingkan prestasi.

Rekabentuk unik Saab luar dan dalam menjadikan ia didambai oleh peminatnya pada masa itu.

Sayang sekali, Saab sudah tidak lagi menghasilkan kereta.

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk itu, syarikat pengeluar EV di bawah naungan Geely itu akan menyewa fasiliti pengeluaran…
Berita Global
Sejak daripada itu, jenama Saab kian berkubur dan satu demi satu pusat pengedarnya terpaksa ditutup…
Berita Global
    Kereta berwarna merah ceri itu masih berada dalam keadaan baik dan kelihatan seperti baru…