Unit terakhir Proton Saga Black Knight ditemui - cuma 201 unit, khusus untuk UK

oleh HEZERI SAMSURI|
Sebuah saluran YouTube dari UK baru-baru ini menampilkan satu varian Proton Saga yang tidak pernah dijual di Malaysia.

Menurut video tersebut, varian Black Knight ini berasaskan Proton Saga dengan enjin Orion 8-injap 1.5L transmisi manual yang mempunyai ciri-ciri tambahan seperti cat berwarna kelabu "gun-metal", penutup hab dengan logo Black Knight, garisan sisi Black Knight, logo Black Knight dan spoiler pada but belakang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penutup hab itu hanya dipasang bila ada pertunjukan kerana ia sangat sukar untuk didapati.

Proton Saga itu dibeli oleh pemiliknya, Jon pada tahun 1989 dari Newpark Motors, Crewe. 

Kenapa ia dalam keadaan yang sangat baik?

 

 

Saga ini telah disimpan di dalam garaj dari tahun 1993 sehingga tahun 2000-an dan dijaga rapi.

Setahu penulis, ini ialah Proton Saga yang paling lengkap dan berada di dalam keadaan terbaik di dalam dunia.

Proton, seperti yang kita ketahui, tidak mempunyai program untuk menyimpan khazanah-khazanah lama mereka, sehingga tahun 2000-an di mana mereka cuba mendapatkan semula beberapa model ikonik mereka. 

Model-model itu ada dipamerkan di ibupejabat Proton di Shah Alam tetapi untuk yang arif, banyak dari model-model itu tidak lagi mengikut spesifikasi yang betul dan tepat. 

 

 

Proton Saga yang berada dalam simpanan muzium-muzium juga tidak berada di dalam keadaan yang baik. Ini ialah kerana cuaca negara kita yang tidak begitu prihatin dengan plastik, getah dan logam.

Mungkin Geely, syarikat automotif dari China itu yang kini menguasai operasi Proton boleh membeli unit Proton Saga istimewa ini bagi membantu Malaysia dalam menyimpan khazanah-khazanah lamanya? 

Di bawah ialah video dari saluran YouTube IDRVIECLASSIC.

 

Berita Berkenaan

Hezeri Samsuri
Ini sudah mula dirasakan oleh Eropah di mana Kesatuan Eropah (EU) mula mempersoalkan harga-harga…
Berita Domestik
Dalam usaha pengembangan keupayaan pemasangan cermin gelap sendiri, kemudahan baharu itu mampu…
Berita Domestik
Pengadaptasian tenaga hijau tersebut yang telah dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan PROTON…