Unit terakhir Lexus LFA di Australia akhirnya 'dijual' Jun 2023

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, selepas bertahun-tahun produksi dihentikan, Lexus Australia akhirnya berjaya juga menjual unit terakhir supercar Lexus LFA pada bulan lepas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang dilaporkan oleh laman web Drive, terdapat satu unit Lexus LFA dijual pada Jun 2023, walaupun model tersebut secara rasminya dijual selama dua tahun iaitu pada tahun 2011 dan 2012.

Namun begitu, wakil jurucakap Lexus memberitahu unit tersebut sebenarnya masih lagi belum dijual.
 

LFA


Sebaliknya, ia direkodkan sebagai kenderaan yang sudah dijual pada bulan lepas bagi  mengelakkannya daripada gagal didaftarkan, berikutan peralihan daripada Akta Piawaian Kenderaan Bermotor 1989 (Motor Vehicle Standards Act) kepada Akta Piawaian Kenderaan Jalan Raya yang baharu.

Dengan mendaftarkan Lexus LFA tersebut sebelum 1 Julai, ia membolehkan supercar V10 tersebut disenaraikan di dalam Daftar Kenderaan Yang Diluluskan (RAV) Austalia untuk kegunaan jalan raya.
 

LFA


Sepanjang bulan lepas, sebanyak 124,926 unit kenderaan baharu dijual di Australia, di mana Toyota menyumbang sebanyak 20,948 unit untuk tempoh yang sama dengan Hilux mencatatkan jualan sebanyak 6,142 unit.

Lexus LFA muncul sebagai sebuah supercar halo bernadikan V10 1LR-GUE 4.8 liter menghasilkan 553 hp dan 480 Nm, serta runut bunyi yang ditala oleh Yamaha.

 


 

Baca: Lexus Electrified Sports Concept - Pewaris Sah Lexus LFA

Baca: Lexus LFA Nurburgring Edition mahal sangat!

Baca: Video Simfoni V10 Lexus LFA

Sumber: Drive

Berita Berkenaan

Berita Global
Update 1.40 "Spec II" Gran Turismo 7 ini membawakan tujuh model kereta baharu ke dalam permainan,…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang sengaja digelapkan itu, terdapat tujuh buah kereta baharu yang bakal…
Berita Global
Pada tahun 2016, bos Lexus Eropah mengesahkan tiada sebarang pengganti untuk model tersebut yang…