Unit terakhir Bentley Bentayga Speed W12 mendarat di Malaysia, 635 PS, 900 Nm

oleh Mohamad Hanif|
April 2024.

Itu merupakan tarikh akhir di mana Bentley akan menghentikan pengeluaran enjin bentangan W12 buatan tangan secara terus bagi memberikan laluan kepada teknologi elektrifikasi yang lebih moden.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Sebagai tanda penghormatan, Bentley Kuala Lumpur kini membawakan model terakhir Bentayga Speed W12 untuk pasaran tempatan selepas tempahan ditutup pada akhir Julai 2023.
 

W12


Dari segi kuasa, Bentayga Speed W12 mampu menjana kuasa setinggi 635 PS @ 6,000 rpm dan daya kilas 900 Nm @ 1,350–4,000 rpm, dibantu dengan sistem Torsen All-Wheel Drive, All-Wheel Steering dan sistem anti-oleng Bentley Dynamic Ride.

Pecutan 0-100 km/j adalah sepantas 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 306 km/j.

Terdapat empat mod pemanduan yang disediakan, iaitu Comfort, Sport, Bentley dan Custom.
 

W12


Secara standard, Bentayga Speed W12 ini dipadankan dengan rim unik bersaiz 22 inci, kemasan tinta gelap pada lampu utama, radiator, jeriji dan lampu belakang, sistem brek seramik karbon 440 mm di hadapan, dan tidak ketinggalan 17 warna standard, 47 warna tambahan (Extended, Mulliner) dan 24 pilihan warna dua tona.

Ruang dalam Bentayga Speed ini membawakan tema rekaan dramatik yang menyeimbangkan gaya prestasi dan kemewahan dengan cara tersendiri.
 

W12


Penggunaan bahan Alcantara boleh didapati pada bahagian seperti tombol gear, roda stereng, tempat duduk, kemasan tiang dan juga headliner, diikuti dengan kemasan jahitan ala berlian Mulliner Driving Specification yang unik untuk model Speed.

Pembeli juga boleh mendapatkan pakej Leather Specification untuk menggantikan penggunaan bahan Alcantara itu tadi.

Akhir sekali, logo Speed yang boleh didapati pada plet ambang pintu, serta jahitan sulaman pada perehat kepala.