Unit prototaip asli Cizeta-Moroder V16T #001 disenaraikan di RM Sotheby's

oleh Mohamad Hanif|
Laman RM Sotheby's menawarkan pelbagai jenis kenderaan-kenderaan yang sedia untuk dibawa pulang oleh pemilik yang kaya raya, dan salah satu daripadanya merupakan sebuah model Cizeta-Moroder V16T 1988 dengan lampu jenis pop-out yang serba unik ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rupa paras kereta sports baji Itali (Italian wedge) ini sememangnya mengingatkan kita kepada sebuah Lamborghini Countach, namun harus anda ingat bahawa syarikat Cizeta-Moroder ini diasaskan oleh bekas pemandu uji dan jurutera Lamborghini, Claudio Zampolini dengan dana daripada komposer Giorgo Moroder.
 

Cizeta


Ia merupakan satu-satunya unit prototaip yang ditampalkan lencana Cizeta-Moroder dengan casis bernombor 001 dan ia masih lagi dimiliki oleh Moroder sebelum disenaraikan di dalam laman web RM Sotheby's.

Model ini hadir dengan enjin 6.0 liter bentangan V16 aspirasi natural yang mampu menjana 520 kuasa kuda dan 540 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi manual lima kelajuan.
 

Cizeta


Kereta ini telah direstorasi pada tahun 2018 setelah terbiar lama dalam simpanan, dan masih lagi boleh dipandu dengan baik, biarpun perbatuan sekadar mencatatkan angka 322 km sahaja.

Harga anggaran bermula dari $900,000 (RM3.76 juta) sehingga $1,200,000 (RM5.02 juta), dan bidaan masih lagi dibuka sehingga 27 Januari ini.

Sumber: RM Sotheby's melalui Autoblog