Unit pertama Bugatti Chiron Super Sport diedar kepada pemiliknya

oleh Mohamad Hanif|
Tak sabar menantikan kehadiran Chiron Super Sport dalam garaj?
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Usah risau, kerana Bugatti baharu sahaja mengumumkan penghantaran bagi model Grand Tourer tersebut baharu saja dimulakan, sejak diperkenalkan secara rasmi pada Jun 2021.

Salah satu daripada unit Chiron Super Sport tersebut didatangkan dengan penampilan yang unik, terima kasih kepada program penyesuaian Bugatti iaitu Sur Mesure.
 

Chiron


Unit khas tersebut menampilkan layangan cat 'Vagues de Lumière' hasil kolaborasi rapat antara pemilik yang enggan dikenali, serta pasukan Sur Mesure itu sendiri.

Bugatti turut mengumumkan kesemua slot binaan bagi model Chiron Super Sport telah pun berjaya dipenuhi, dengan barisan menunggu yang amat panjang.

Sebagai makluman, Bugatti hanya mengehadkan produksi Chiron Super Sport sebanyak sembilan unit sahaja, jauh lebih terhad berbanding Chiron Super Sport 300+ yang dihasilkan sebanyak 30 unit.
 

Chiron


Berbanding dengan model standard Chiron, Chiron Super Sport menampilkan binaan panel badan yang diperbaharui, dengan dimensi bertambah 250 mm bagi memastikan aliran udara yang optimum pada kelajuan tiga digit (440 km/j).

Ia dikuasakan oleh enjin W16 8.0 liter dengan empat unit turbo yang mampu menjana kuasa setinggi 1,577 hp dan daya kilas 1,600 Nm, dengan pecutan tujuh peratus lebih pantas berbanding Chiron standard.
 

Chiron


Untuk mencapai kelajuan maksimum, Chiron Super Sport berharga mula dari dengan kos €3.2 juta (RM14.78 juta) ini dilengkapi dengan tayar khas Michelin Pilot Sport Cup 2 yang dibangun khas oleh Michelin.

Baca: Bugatti Chiron Super Sport
Baca: Rahsia di sebalik kelajuan 440 km/j Bugatti Chiron Super Sport
Baca: Bugatti Chiron Super Sport guna 100 penderia uji kelajuan maksimum 440 km/j


Unit pertama Bugatti Chiron Super Sport

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Informasi
Untuk mencapai 440 km/j bukan sekadar dibuat menerusi peningkatan kuasa kuda semata-mata, banyak…
Berita Global
Bugatti Chiron Super Sport merupakan varian Grand Tourer kepada Chiron Super Sport 300+, serta…