Unit Peronda Lebuhraya dikerah pantau peningkatan pergerakan kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
Pasukan Peronda Lebuhraya (EVPM) akan dikerahkan untuk tujuan pemantauan dan menyuraikan kesesakan lalu lintas, susulan peningkatan jumlah kenderaan selepas semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, selepas kerajaan membenarkan semua sektor ekonomi beroperasi, pihaknya mengesan peningkatan aliran trafik dan pertambahan kenderaan di semua lebuh raya dan jalan utama di seluruh negara.

"Bagaimanapun, aliran trafik dan kadar kemalangan masih lagi terkawal," katanya ketika dihubungi Bernama TV baru-baru ini.

Tambah beliau, unit EMPV digerak bagi menguatkuasakan undang-undang dan peraturan di jalan raya, termasuk rondaan cegah kemalangan, menjalankan pematuhan SOP Op COVID-19 di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) serta kawasan hentian sebelah di lebuh raya.

Selain daripada itu, tindakan penguatkuasaan (operasi) dibuat di peringkat kontinjen negeri dan daerah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

Sumber: Bernama