Unit Peronda Bermotosikal JPJ Wanita pertama di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menempa sejarah selepas menubuhkan Unit Peronda Bermotosikal (UPB) wanita pertama dalam jabatan tersebut di negara ini pada 3 Mac lalu.

Difahamkan, idea penubuhan UPB wanita berkenaan tercetus selepas Pengarah JPJ WP KL mencabar anggota JPJ wanita untuk menunggang motosikal Kawasaki Versys bersasaran 650cc.

Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd. Zawawi berkata, pada peringkat permulaan seramai tiga wanita telah berjaya menempatkan diri dalam unit berkenaan.

"Kita telah menjalankan kursus asas pengendalian motosikal penguatkuasa jenis Kawasaki Versys selama lima hari bermula pada 4 Mac lalu di Sungai Tua, Genting Highlands.

"Anggota wanita ini didedahkan dengan pelbagai elemen sepanjang tempoh kursus berkenaan diadakan seperti mempelajari asas pengawalan dan menghentikan motosikal," katanya ketika ditemui Kosmo! di Pejabat JPJ Kuala lumpur di sini hari ini.
 


Tambahnya, unit berkenaan ditubuhkan bagi menjalankan penguatkuasaan yang lebih berkesan disamping mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya.

Dalam pada itu, seorang anggota wanita UPB JPJ WP KL, Wah Moliz Bahlong, 28, berkata, dia menyertai unit berkenaan selepas menyahut cabaran Pengarah JPJ WP KL untuk menganggotai unit tersebut.

"Saya sebelum ini telah berkhidmat di JPJ sejak lima tahun lalu dan disebabkan minat terhadap motosikal berkuasa besar membuatkan saya menyahut cabaran untuk menyertai unit ini.

"Antara cabaran yang harus dilalui ialah terpaksa bersaing bersama anggota lelaki yang mempunyai kekuatan fizikal yang lebih baik selain berhadapan kesukaran mengendalikan motosikal bersaiz besar," jelasnya yang juga merupakan orang asli pertama menganggotai unit berkenaan.

UPB JPJ sejak ditubuhkan secara rasmi pada 27 November 2015 dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi model Kawasaki Versys 650cc. - K! ONLINE
 


Sumber gambar: The Star, Kosmo dan Harian Metro.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…
Berita Domestik
"Semua pemandu dan penumpang dewasa hendaklah duduk di kerusi ketika kenderaan bergerak. "Tambahan…
Informasi
Jelas beliau, setakat 29 Februari lalu sebanyak 578 kes direkodkan bagi kesalahan memandu di bawah…