Unit pacuan elektrik Terrier dari Koenigsegg, 671 hp, 1,100 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan syarikat supercar Sweden ini, pasti anda akan kagum dengan pencapaian yang diperoleh walaupun mereka menjual bilangan kenderaan yang jauh lebih kecil berbanding Proton.

Dari penggunaan casis gentian karbon, teknologi enjin Freevalve, bukaan pintu Dihedral syncho-helix, sehinggalah kepada transmisi Direct Drive yang muncul pada model Koenigsegg Regera, semuanya dibangunkan sendiri oleh Koenigsegg.
 

EV


Terbaharu, syarikat Sweden itu kini memperlihatkan unit pacuan elektrik yang dibangunkan secara in-house dan diberikan nama-nama yang unik.

Unit pacuan elektrik ini dinamakan sebagai Terrier, di mana ia terdiri daripada dua motor elektrik Quark dengan topologi fluks radial dan axial Raxial Flux, unit penyongsang (inverter) enam fasa David dan set gear planet.
 

FLUX


Menurut Koenigsegg, gandingan susunatur fluks radial dan axial yang digunakan itu membolehkan mereka mencapai nisbah daya kilas kepada kuasa kepada berat yang terbaik di dalam industri.

Setiap satu motor elektrik Quark seberat 85 kg itu mampu menghasilkan kuasa setinggi 335 hp dan 600 Nm, jadi satu unit pacuan Terrier berupaya menghambuarkan kuasa setinggi 671 hp dan daya kilas 1,100 Nm.
 

Gemera


Selain daripada kegunaan di dalam kenderaan elektrik, unit pacuan elektrik Terrier ini boleh juga dipasang pada aplikasi lain seperti bot dan pesawat VTOL.

Berita Berkenaan

Informasi
Disebabkan itu, tidak menghairankan apabila kereta-kereta Koenigsegg ini jarang sekali dilihat atas…
Berita Global
Disebabkan sambutan yang cukup memberangsangkan, pengasasnya Christian von Koenigsegg merancang…
Berita Global
Perancangan ini bakal menambah ruang sebesar sehingga 30,000 meter persegi untuk pemasangan model-…