Unit MG5 Malaysia berbeza dengan unit yang diuji ANCAP - MG Malaysia

oleh Firdaus Razani|
Baru-baru ini hangat diperkatakan dalam berita automotif tempatan dimana model sedan terbaharu dari MG Motor yang dilancarkan awal bulan lalu iaitu MG5 telah peroleh sifar bintang dalam ujian Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP) pada 2023.

Namun begitu, Ketua pemasaran SAIC Motor Malaysia, Phang Rick Kee menjelaskan bahawa unit yang diuji oleh ANCAP adalah berbeza dengan unit yang dipasarkan di Malaysia.

 

mg
MG5 ANCAP

 

Beliau menjelaskan pada kami (media) dalam sesi pandu uji media MG5 semalam bahawa unit MG5 di Australia adalah unit Complete Build-up (CBU) yang diimport terus dari China. Baca di sini laporan ANCAP.

Unit MG5 tersebut merupakan unit varian asas yang datang tanpa pre-tensioner pada tali pinggang keledar keselamatan.

 

mg

 

Beliau turut menyatakan bahawa, unit yang dipasarkan di Malaysia merupakan unit yang diimport daripada Thailand dan kesemua unit tersebut telah terima diberikan pre-tensioner.

Bagi ciri keselamatan lain, unit MG5 turut terima enam beg udara keselamatan serta ciri teknologi MG Pilot yang menampilkan fungsi seperti berikut;

  • Blind Spot detection (BSD)
  • Rear Collision Warning (RCW)
  • Lane Change Assist (LCA)
  • Cornering Brake Control (CBC)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Electronic Stability Program (ESP)

Bagi pasaran Malaysia, MG5 hanya ditawarkan dengan satu varian sahaja dengan harga bermula dari RM93,900 tidak termasuk insurans, dan ketika ini, sebagai pengenalan, pembeli ditawarkan dengan rebat bernilai RM7,000 yang menjadikan harganya pada RM86,900.