Unit kenderaan komersil Renault-Nissan bertapak di sini?

oleh HEZERI SAMSURI|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bulan Mac lalu, Renault-Nissan Alliance (RNA) telah mengumumkan bahawa kesemua model-model Light Commercial Vehicle (LCV) atau Kenderaan Komersil Ringan di bawah jenama Renault, Nissan dan Mitsubishi akan digabungkan di bawah satu unit.

Unit yang diketuai oleh Ashwani Gupta itu akan dipertanggung-jawabkan untuk pemasangan dan penjualan semua kenderaan LCV di seluruh dunia.

Menurut sumber-sumber industri, unit LCV RNA itu sudah berada di Malaysia dan akan mula beroperasi dari sebuah kilang di Shah Alam.

Kilang itu dikatakan akan menghasilkan kenderaan-kenderaan perdagangan dari unit itu untuk bukan sahaja pasaran Malaysia, tetapi Asean.

Tahun lalu, secara global, Mitsubishi menjual 248,000 unit LCV sementara Renault menjual 443,931 unit dan Nissan menjual 815,490 unit LCV.

Antara model-model popular ialah Renault Kangoo, Nisan NV200, Renault Trafic (Nissan NV300), Renault Master (Nissan NV400) dan sebagainya.

 

Renault Trafic Sport Careta
Renault Trafic Sport - van-van di Eropah mempunyai enjin di hadapan.

Unit LCV juga melihat urusan pengedaran dan penjualan SUV jenis ladder-frame milik Nissan seperti Nissan Armada dan Nissan Patrol.

Buat masa sekarang, kenderaan perdagangan ringan seperti van panel dan van tingkap dikuasai oleh jenama-jenama dari China seperti Maxus dan Placer-X.

Toyota dan Nissan sudah menghentikan jualan van tingkap bumbung rendah dari model Hiace dan Urvan kerana ia tidak menepati piawaian keselamatan JPJ.

Menurut seorang lagi sumber industri, kedua-dua model dari Jepun itu tidak mempunyai lega ruang kepala dan jarak laluan (gangway) antara kerusi yang melepasi ukuran minima JPJ.

Undang-undang yang diguna-pakai JPJ adalah mematuhi piawaian dari United Nations dan Malaysia menyokong usaha pengharmonian standard homologasi kenderaan yang di lakukan oleh UN.

 

China van Malaysia
Van-van dari China mula menguasai pasaran kenderaan komersil ringan (LCV) kerana mereka mematuhi syarat-syarat homologasi JPJ.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Kicks lebih tenang namun tetap bergaya selain canggih dengan teknologi e-POWER.  Tidak dibawa…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Patrol Super Safari atau juga dipanggil sebagai VTC diasaskan dari Patrol generasi kelima yang…