Uniqway - cara Skoda mendidik para pelajar Universiti berkongsi kenderaan

oleh Mohamad Hanif|
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024

Teringat pula zaman penulis belajar beberapa tahun yang lalu, di mana masalah perebutan slot parkir (dan parkir bertindih) sering kali menjadi debatan dan pergaduhan apabila ia diutarakan di laman Facebook universiti. 

Manakan tidaknya, sikap pentingkan diri di kalangan pelajar di mana setiap seorang memiliki satu kereta persendirian, masalah parkir memang tidak akan pernah selesai sampai hari kiamat. 

Sedar akan permasalahan tersebut, Skoda menerusi jenama Uniqway memperkenalkan sebuah platform perkongsian kenderaan baharu bagi para pelajar yang tidak mahu pening kepala akan soal pemilikan kenderaan, akan tetapi memerlukan kenderaan untuk ke mana sahaja. 
 


Ketika ini, perkhidmatan Uniqway yang pertama seumpamanya di Eropah sudah boleh didapati di tiga buah universiti di Prague. 

Dengan bayaran serendah $1.31 (RM5.45) sejam, para pelajar dan juga pekerja di fakulti universiti boleh mendapatkan kenderaan mereka dengan tambahan sebanyak $0.22 (RM0.92) untuk setiap kilometer yang ditempuh. 

Walaubagaimanapun, bayaran perkhidmatan tersebut boleh dikurangkan sekiranya pengguna ingin menuju ke suatu tempat yang lebih jauh daripada kebiasaan. 
 


Skoda juga turut menyediakan aplikasi khusus buat para pelajar di mana mereka boleh mendaftar menggunakan ID pelajar.

Selain itu, terdapat perkhidmatan ruang parkir percuma ditawarkan di beberapa tempat di sekitar bandar berdekatan universiti khusus buat para pengguna Uniqway.

Sebagai permulaan, Skoda menawarkan model Fabia untuk kegunaan para pelajar disebabkan ciri-ciri terhubung yang ditawarkan, lebih ekonomi serta saiz yang sesuai untuk dikendalikan. 
 


Menariknya, idea rekaan dan aplikasi yang digunakan oleh Uniqway dibangunkan sendiri sepenuhnya oleh para pelajar bertempat di pusat inovasi Skoda DigiLab. 

Sumber: Uniqway

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, kerjasama pintar di antara Bosch dan SOCAR iaitu sebuah syarikat aplikasi…
Berita Domestik
Program 'Fund Your Drive' ini membolehkan pembeli kenderaan terpakai dari SDAS untuk menjana…
Berita Global
Mobilize Limo secara asasnya merupakan sebuah sedan (dengan rekaan fastback) dengan jarak kelegaan…