UNIMAP sedia bantu membangunkan kereta terbang

oleh SALINA JALIL|
Menurut laporan dari Bernama, Naib Canselornya dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal berkata kereta terbang atau ‘aeromobile’ tidak mustahil untuk direalisasikan di Malaysia dan mampu menjadi kenyataan dengan perkembangan teknologi yang kian pesat pada abad ini.


“Kereta terbang antara lainnya hampir menyamai fungsi dron. Ia mampu dibangunkan tetapi memerlukan peruntukan serta bajet yang tinggi memandangkan ia melibatkan penggunaan teknologi sistem tanpa pemandu (UAS) yang terkini,” katanya.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

 

Zul Azhar berkata, UniMAP mempunyai Pusat Kecemerlangan Sistem Tanpa Pemandu (COEUAS) yang diterajui oleh Prof Dr Hazry Desa, iaitu hab penyelidikan yang memberi fokus kepada teknologi UAS.

 

“UniMAP bersedia memberikan kepakaran untuk idea ini dan bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam aspek perpindahan teknologi secara bersepadu dan jika ia mampu direalisasikan pasti kita mampu untuk melihat kewujudan kereta terbang di negara ini sekali gus menjadi kebanggaan buat negara,” katanya.

 

Beliau mengulas cadangan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) membangunkan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian dan pengangkutan awam yang diumumkan oleh Menteri MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

 

Menurut Zul Azhar, untuk merealisasikan hasrat, kerajaan perlu menyediakan dana yang mencukupi serta membuka peluang dan ruang kepada rakyat di negara ini untuk turut menyumbang idea.
 

 

Tambah beliau lagi, usaha giat perlu dikemukakan secara berfasa dan semua pihak harus menyokong inovasi dan penciptaan warga tempatan dalam bidang UAS kerana dengan kepakaran dan perkembangan teknologi yang dimiliki, tidak mustahil Malaysia mencapai kejayaan lebih tinggi, termasuk membangunkan kereta terbang.

 

Pasukan penyelidik COEUAS UniMAP baru-baru ini memenangi tempat ketiga Pertandingan Parcel Dron peringkat kebangsaan anjuran Pos Malaysia Berhad dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Dato’ Ts Dr Zaliman Sauli, melalui Pusat Kecemerlangan Automotif…
Berita Domestik
MIMOS, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan projek RE-EV adalah melalui program High Value-Added…
Berita Domestik
  “Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 3,000 nombor plat telah habis dijual. Ini merupakan…