UNiLINK - platform dalam talian untuk memudahkan pencarian pekerjaan, latihan industri

oleh Mohamad Hanif|
Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dengan kerjasama Cirrosnet Sdn Bhd (CIRROSNET) melancarkan platform dalam talian UNiLINK bertujuan untuk memudahkan pelajar universiti untuk mencari program latihan industri dan pekerjaan dalam sektor teknologi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Majlis pelancaran tersebut diadakan di ibu pejabat MARii dan dihadiri oleh CEO MARii, Dato' Madani Sahari; Pengerusi Eksekutif CIRROSNET, Dato' Roslan Ramli; serta Pengarah Urusan Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) UiTM, Professor Dr. Mohd Azman Zainul Abidin.

UNiLINK dilancarkan bertujuan untuk menjadi pusat digital sehenti bagi para pelajar universiti, pencari pekerjaan, dan pelajar sarjana untuk mendapatkan penempatan di dalam program magang untuk pelbagai sektor termasuklah mobiliti, Augmented Reality & Virtual Reality (AR/VR) dan robotik.

Selain daripada itu, menurut Dato' Madani, UNiLINK juga berfungsi sebagai platform yang membolehkan pentadbiran, pemantauan dan penerbitan keperluan industri yang boleh dilakukan secara kolaboratif oleh ahli akademik dan pemain industri.

Algoritma UNiLINK yang digunakan direka untuk menambah baik peluang latihan industri berdasarkan minat, kelayakan dan pengalaman pekerjaan masa lalu menggunakan Big Data Analytics (BDA), Kepintaran Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah itu, 2,000 permohonan telah diluluskan, sekali gus melayakkan pemohon menerima…
Berita Domestik
Dalam perjanjian tersebut adalah termasuk penerokaan penggunaan penyelesaian blockchain untuk…
Berita Domestik
Skim galakan tersebut pertama kali diumumkan sewaktu pembentangan Belanjawan 2024 bagi menggalakkan…