UNHCR tidak pernah keluar lesen memandu

oleh HEZERI SAMSURI|
Pihak Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) berkata ia tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen memandu dan jika ada, dokumen itu adalah palsu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Jurucakap UNHCR berkata semalam bahawa pihaknya hanya mengeluarkan kad pengenalan untuk pelarian yang memerlukan perlindingan antarabangsa dan tidak boleh dihantar ke negara-negara di mana kebebasan dan nyawa mereka mungkin dalam risiko.

"Kad pengenalan kami tidak membenarkan sebarang hak lain, termasuk hak untuk memandu kenderaan di dalam sebuah negara," tambahnya lagi kepada media.

Jumaat lalu pihak JPJ berkata lesen memandu dari UNHCR tidak boleh diterima-pakai di Malaysia.

Ada seramai 179,520 pelarian dan suaka perlindungan yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia sehingga hujung Mac 2020.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut pihak pendakwaraya Amerika Syarikat, Anthony Ghosn dikatakan membuat pembayaran dalam…
Berita Global
Bekas anggota Pasukan Khas Tentera Darat Amerika Syarikat, Michael Taylor, 59 tahun dan anaknya…
Berita Global
  “Mereka berada di laut selama dua bulan dan sangat lapar,” kata seorang pengawal pantai itu…