Undang-undang California haramkan Tesla guna terma Full Self-Driving bermula 2023

oleh Mohamad Hanif|
Kerajaan California telah meluluskan undang-undang baharu yang melarang Tesla daripada menggunakan terma pemasaran Full Self-Driving pada kenderaan mereka bermula tahun depan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rang udang-undang Senat 1398 baharu itu diluluskan oleh Gabenor Gavin Newsom setelah Department of Motor Vehicles California mendakwa ciri FSD yang diguna pakai oleh Tesla itu merupakan salah satu contoh pengiklanan palsu.

Terdapat dua perkara khusus yang ditekankan pada rang undang-undang baharu ini berhubung teknologi pemanduan autonomi dan pengeluar yang menawarkan ciri tersebut.

Pertama, ia memerlukan mana-mana pengeluar untuk memberikan penerangan berhubung fungsi dan had yang wujud pada ciri yang ditawarkan.

Hal ini dibuktikan dengan pelbagai kajian yang telah dilakukan yang mendakwa kebanyakan pengguna keliru dengan sesetengah ciri dan fungsi yang ditawarkan pada kenderaan mereka.  
 

Tesla


Kedua, rang undang-undang ini secara spesifik melarang mana-mana pengeluar untuk menamakan atau memasarkan ciri seumpama itu dengan nama khas yang mengelirukan.

Tesla dalam satu kenyataan menerusi laman web mereka menjelaskan ciri Autopilot, Enhanced Autopilot dan Full Self-Driving memerlukan pemantauan pemandu yang aktif dan tidak menawarkan pemanduan autonomi penuh.

Minggu lalu, agensi National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) memulakan dua siasatan berhubung kemalangan melibatkan kereta Tesla dan fungsi FSD yang dikatakan menjadi punca nahas.

Menurut laporan CNN, salah satu kes kemalangan itu melibatkan seorang pemilik Tesla Model S yang menggunakan ciri FSD sehingga menyebabkan nahas lapan kenderaan di San Francisco Bay Bridge.

Sumber: PCMag, CNN

Berita Berkenaan

Berita Global
Elon Musk dalam satu sidang video pada Rabu lepas menyatakan bahawa mereka dalam perbincangan…
Berita Domestik
  Penarikan balik itu meliputi kenderaan Model S (2016-23), Model X, Model 3s (2013-17) dan Model…
Berita Global
Pakej FSD tersebut boleh dinikmati selama tiga bulan secara percuma untuk mana-mana pelanggan yang…