Uncle Kentang: sediakan dua van jenazah percuma untuk golongan kurang kemampuan

oleh SALINA JALIL|
“Sesiapa pun boleh pakai van jenazah ini, tidak perlu tunjuk bukti, itu bukan Vellfire.”

Demikian kata aktivis masyarakat terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang mengenai perkhidmatan van jenazah yang diletakkan 24 jam di kedai mamak.

Dua van jenazah itu diparkir di sebuah kedai mamak di Jalan PU 7/4, Taman Puchong Utama, Puchong dan sesiapa saja yang berkebolehan memandu van boleh menggunakannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Orang mati mana kira masa, kadang-kadang nak call (hubungi) kita susah, jadi mereka yang memerlukan, boleh pakai saja van jenazah yang kami sediakan.

 

“Kita sudah isi petrol penuh, hanya ambil buku, tulis nama serta nombor telefon dan kakitangan kedai mamak akan beri kunci. Kita mahu permudahkan urusan menguruskan jenazah orang Islam,” katanya lagi.

 

Menurutnya, van itu adalah sedekah daripada orang ramai dan seharusnya ‘kembali’ kepada masyarakat.

 

“Saya faham, ada orang yang tidak mampu untuk menguruskan jenazah berikutan kos yang agak tinggi ketika ini bermula mandi jenazah, kebumi dan membawa jenazah.

 

“Jadi kami menyediakan van jenazah khusus untuk waris yang tidak berkemampuan untuk membawa pulang jenazah ke kampung halaman mereka,” katanya.

 

Katanya, perkhidmatan van jenazah di kedai mamak itu sudah beroperasi selama dua tahun dan purata seramai 20 waris sudah menggunakan van berkenaan.

 

“Selain itu, kita juga meletakkan sebuah lagi van jenazah berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam serta sebuah di Hospital Ampang.

 

“Ia sedekah daripada orang ramai dan bukan van saya. Kita permudahkan urusan orang untuk mendapatkan van maka Tuhan permudahkan urusan kita juga, tidak perlu ketuk pintu sana sini cari kunci van,” katanya.

 

Katanya, orang ramai yang mahu menggunakan van jenazah berkenaan hanya perlu menghantar khidmat pesanan ringkas ke nombor 018-2683999.

 

 

 

Sumber: HM

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Apa yang menarik, baru-baru ini lelaki tersebut memuat naik satu kisah yang cukup menggembirakan…