UMWT serah 6,624 unit kenderaan Julai 2022, Hilux raja pikap di Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan Julai, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah berjaya mendaftarkan kira-kira 6,624 unit kenderaan untuk jenama Toyota, dan 13 unit kenderan berjenama Lexus.

Untuk tempoh Januari hingga Julai 2022, secara keseluruhan UMWT telah berjaya mengedarkan 52,548 unit kenderaan, atau peningkatan sebanyak 48 peratus untuk tempoh yang sama tahun lalu (35,561 unit).

Dengan jumlah jualan sebanyak 1,788 unit, Toyota Hilux mengekalkan kedudukan sebagai trak pikap paling laris terjual di Malaysia sejak tahun 2005.
 

Yaris


Sepanjang bulan Ogos, UMWT menawarkan rebat tunai sehingga RM4,000 untuk model-model seperti Yaris dan Vios, dan menjangkakan angka jualan akan terus meningkat memandangkan rakyat Malaysia mengambil peluang terhadap promosi dan penjimatan yang ditawarkan untuk sebuah kenderaan moden dengan prestasi hebat, teknologi keselamatan yang tinggi serta keselesaan tersendiri.

Selari dengan komitmen Toyota Global untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050, UMWT telah mengadakan dua acara berasingan baru-baru ini.

Program penanaman semula pokok yang dianjurkan di Kuala Selangor Nature Park menyaksikan penyertaan 80 orang peserta menanam anak pokok bakau.

Sementara aktiviti Hike & Clean yang bertempat di Bukit Broga, Semenyih merupakan sebahagian daripada Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050 berazam untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang hidup dalam harmoni dengan alam sekitar.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menerusi akaun rasmi Facebook, Toyota Malaysia telah memuat naik sekeping gambar acah yang…
Berita Domestik
UMWT bakal mengakhiri tahun 2022 dengan kedudukan yang lebih kukuh dalam jualan iaitu dengan 90,595…
Berita Domestik
  Jumlah jualan tahunan sehingga kini yang didaftarkan untuk September 2022 berjumlah 70,872 unit…