UMWT kemaskini penawaran Hilux, Fortuner, Innova

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota mengumumkan pembukaan tempahan bagi tiga model yang telah dikemaskini yang telah bermula sejak 22 Oktober yang lalu.

Tiga model yang dimaksudkan adalah model IMV (Innovative International Multi-Purpose Vehicle) yang terdiri daripada Toyota Hilux, Toyota Fortuner dan Toyota Innova.

Antara pembaharuan yang dibuat pada ketiga-tiga model adalah seperti berikut:

 

Toyota Hilux (harga dari RM92,880)

Hilux


-sistem pendingin hawa dua zon, berbanding pendingin hawa zon tunggal pada model terdahulu.

 

Toyota Fortuner (harga dari RM169,167)

Fortuner


-pengenalan kembali model Fortuner 2.4 liter diesel (150 PS/400 Nm) disebabkan permintaan pasaran yang tinggi
-Fortuner 2.8 VRZ dan 2.7 SRZ didatangkan dengan larasan suhu dua zon
-sistem pengecasan peranti pintar tanpa wayar untuk semua varian
-Fortuner 2.8 VRZ kini hadir dengan slot USB-C.
-enjin petrol 2.7 liter telah ditala untuk menepati standard Euro4.  

 

Toyota Innova (harga dari RM115,553)

Innova


-sistem pengecasan peranti pintar tanpa wayar untuk semua varian
-slot pengecasan jenis USB
-enjin petrol 2.0 liter telah ditala untuk memenuhi piawaian Euro4.

Ketiga-tiga model Hilux, Fortuner dan Innova didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, kecuali jarak 150,000 km bagi model Hilux.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Syarikat Jepun, Direct Cars baru-baru ini memperlihatkan BR75 SUV Adventure Camper di mana seperti…
Berita Global
Tak kiralah ia sebuah Land Cruiser, Hilux, Prado ataupun Corolla, kesemua kenderaan berwarna putih…
Berita Domestik
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa, Mohammad Elis Adam Abdullah,9, meninggal…