UMWT jual 8,500 unit kenderaan Toyota, Lexus sepanjang Oktober 2021

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota merupakan antara syarikat yang meraih kadar pemulihan pasaran yang pantas semenjak pembukaan semula ekonomi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sepanjang tempoh Oktober 2021, jualan kenderaan Toyota dan Lexus adalah sebanyak 8,500 unit, atau peningkatan sebanyak 6 peratus berbanding bulan September lalu.

Setakat akhir Oktober, jumlah jualan keseluruhan mencecah 54,618 unit, atau 25 peratus lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun 2020.

Dalam pada itu, UMWT turut berbesar hati dengan sokongan yang diberikan kerajaan terhadap industri automotif melalui dua pengumuman besar dalam pembentangan bajet 2022.

Salah satu daripadanya adalah lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sehingga 30 Jun 2022, serta sokongan bagi membangunkan sektor kenderaan elektrik secara lebih serius, seperti pengecualian sepenuhnya duti, cukai jualan dan cukai jalan EV, serta pengecualian cukai sehingga RM2,500 bagi individu yang memilih untuk beralih ke EV.
 

Corolla Cross


UMW Toyota Motor sudah memulakan fasa pertama program elektrifikasinya dengan pemasangan tempatan bagi kenderaan hibrid elektrik, dimulakan dengan Corolla Cross Hybrid.

Menurut Presiden UMWT, Ravindran K berkata, "pemulihan pasaran begitu giat, di mana orang ramai yang sebelum ini menangguhkan pembelian mereka mula datang ke pusat pameran untuk membuat pesanan.

"Jumlah pesanan kami bertambah dengan konsisten dan dua kilang kami beroperasi di tahap maksimum untuk memastikan pengeluaran sebanyak mungkin dan pelanggan tidak perlu menunggu lebih lama.

Pelanggan dapat menikmati lebih penjimatan menerusi Toyota Service Savers (TSS) dengan membuat pinjaman daripada institusi kewangan yang menjadi rakan usaha sama UMWT. TSS meliputi semua keperluan servis bagi kenderaan bagi sela masa yang disyorkan, dan termasuk semua minyak dan alat ganti yang diperlukan.

Pemilik kenderaan boleh menebusnya di semua pusat servis Toyota yang sah di sleuruh negara (tertakluk kepada terma dan syarat).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…