UMWT catat pertumbuhan positif sepanjang April 2022, 6,946 unit terjual

oleh Mohamad Hanif|
Sepanjang bulan April 2022, UMW Toyota terus mencatatkan prestasi jualan yang positif, terdiri daripada 6,868 unit kenderaan berjenama Toyota dan 78 unit kenderaan berjenama Lexus telah diedarkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Setakat bulan April (Jan-April 2022), UMW Toyota mencatatkan jumlah jualan sebanyak 29,393 unit, menyaksikan peningkatan sebanyak 11 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Peningkatan jualan ini turut disumbangkan oleh kempen Raya 'Bersama Lebih Makna' yang menawarkan manfaat bernilai RM4,000 kepada para pembeli Vios dan Yaris.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "adalah satu perkara yang menggembirakan untuk melihat peralihan yang positif ke arah fasa endemik, dan kami di UMW Toyota Motor terus mendapat sokongan daripada pelanggan kami, khususnya ketika tempoh sibuk Ramadan dan Raya.

"Biarpun dengan pengumuman Aidilfitri yang mengejutkan pada tahun ini, kesemua pusat servis kami telah bersedia sepenuhnya untuk membantu para pelanggan sebelum membuat perjalanan balik kampung.
 

UMW T


"Kami akan terus komited untuk tidak meninggalkan sesiapapun di belakang, dan menawarkan nilai untuk inovasi wang, ditambah dengan teknologi termaju dan ciri keselamatan pada setiap produk kami," ujarnya lagi.

Sepanjang tempoh bulan puasa, UMW Toyota Motor dengan kerjasama Harian Metro telah mengadakan program Titipan Kasih dengan menghulurkan sumbangan baju raya bernilai RM150 kepada 50 orang kanak-kanak, serta sumbangan 'Kotak Rezeki' bernilai RM100 kepada 168 buah keluarga, dan duit raya RM60 kepada 50 orang kanak-kanak.

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, UMW Toyota Motor akan menganjurkan rumah terbuka pada 21-22 Mei 2022 di semua pusat pameran di seluruh negara bagi menghubungeratkan lagi jalinan antara mereka dengan pelanggan Toyota, baik dari masa lalu, sekarang dan juga pada masa akan datang.

Pelanggan yang menguji pandu mana-mana model Toyota juga akan diberikan hadiah saguhati (sementara stok masih ada).

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…