UMWT catat jualan positif pada September dan perkenalkan Harrier 2.0L Edisi Khas

oleh Penyumbang Rencana|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan jualan Toyota untuk September 2022 pada 9,098 unit, manakala Lexus mencatatkan jumlah jualan sebanyak 135 unit.


Jumlah jualan bagi bulan September 2022 berjumlah 9,233 unit (Toyota + Lexus), berbanding 9,091 unit (Toyota + Lexus) yang direkodkan pada Ogos 2022.


Jualan tahunan sehingga kini untuk September 2022 berjumlah 70,872, peningkatan 15 peratus dari tahun sebelumnya manakala jualan bulanan berjumlah 9,233 berbanding 8,033 pada September 2021.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Jumlah jualan tahunan sehingga kini yang didaftarkan untuk September 2022 berjumlah 70,872 unit berbanding 46,118 unit untuk jualan tahun sehingga kini yang didaftarkan pada September 2021, menunjukkan peningkatan positif sebanyak 54 peratus daripada tahun sebelumnya.

 

Dalam masa yang sama UMWT menawarkan Toyota Harrier dengan penampilan dan rasa yang lebih baik kepada Toyota Harrier 2.0L Luxury yang telah diperkenalkan pada Februari 2021. 


Toyota Harrier 2022 baharu ini diberi beberapa penambahbaikan selari dengan standard industri.

 

 

Ravindran K., Presiden UMW Toyota Motor berkata, "Di UMW Toyota Motor, kami berterima kasih dengan sokongan positif yang diterima daripada pelanggan dan lebih komited untuk pergi 'Extra Mile' untuk mempergiatkan pengeluaran dan memastikan penghantaran tepat pada masanya kepada pemilik kereta baharu. 


Kami adalah juga gembira untuk mempamerkan penambahbaikan baharu yang dibuat pada Toyota Harrier 2.0L Luxury 2022 Improvement (IMP) dan berharap kemas kini ini memberikan pemandu pengalaman yang luar biasa setiap kali mereka berada di stereng kerana kami faham bahawa keseronokan adalah tentang pemanduan."


Penambahbaikan utama termasuk Panoramic View Monitor dan Toyota Safety Sense yang dikemas kini dengan ciri seperti pengesanan Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Lorong dan Radar Dinamik serta Cruise Control kepada pemanduan yang lebih selamat dan lancar secara keseluruhan.
 

 

Kemas kini baharu ini meningkatkan lagi nama Toyota Harrier yang sudah pun terkenal dengan elemen kemewahan, eksklusif dan kebolehpercayaan. 


Untuk menambah keseronokan, varian baharu telah ditambahkan dengan Harrier 2.0L Edisi Khas yang didatangkan dalam Red Metallic yang istimewa dengan warna kabin dalaman berwarna coklat baharu.


Toyota Harrier IMP 2022 didatangkan dalam lima warna termasuk Slate Grey Metallic, Precious Black, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic dan Platinum White Pearl. 


Tempahan untuk Toyota Harrier IMP 2022 telah bermula iaitu pada bulan Oktober pada harga RM274,000 (harga atas jalan) tanpa insurans.

 

Untuk maklumat lanjut, layari https://toyota.com.my atau hubungi talian telefon percuma Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Berita Berkenaan

Pelancaran Motosikal
"Saya suka Vespa, dan untuk bekerjasama dengan jenama klasik ini adalah satu perkara yang sangat…
Berita Global
Namun, menerusi kolaborasi bersama Lamborghini, Ducati kini memperkenalkan sebuah model…
Berita Global
Tidak seperti model biasa, Golf R 20 Years didatangkan dengan talaan enjin 2.0 liter yang mampu…