UMW Toyota umum tiga pemenang pertandingan Toyota Dream Car Art Contest

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UMW Toyota baru-baru ini telah mengumumkan tiga pemenang bagi pertandingan Toyota Dream Car Art Contest yang ke-16 , dimana ianya memberikan galakan dan inspirasi kepada golongan muda untuk menyerlahkan kreativiti mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Toyota Dream Car Art Contest telah diadakan sejak tahun 2004, dimana ia merupakan salah satu pertandingan seni global terbesar untuk kanak-kanak.

Melalui acara itu , Toyota bertujuan untuk menggalakkan dan memberi inspirasi kepada kreativiti di kalangan kanak-kanak, berkongsi impian mereka tentang bagaimana kereta boleh menjadikan dunia lebih baik, melalui seni mereka.

Untuk kali ke-16, tiga pemenang telah dipilih dari tiga kategori yang dipertandingkan, iaitu kategori 1: 7 tahun dan ke bawah, kategori 2: 8 hingga 11 tahun dan kategori 3: 12 hingga 15 tahun.

Tiga pemenang itu telah dipilih dari beribu-ribu penyertaan untuk fasa kebangsaan acara global itu, berikut merupakan senarai 3 pemenang tersebut:

-Yu Wan Yan (Kategori 1: 7 tahun dan ke bawah)

1


-Lee Ruo Lin (Kategori 2: 8 hingga 11 tahun)

2


-Jason Chan Kin Lock (Kategori 3: 12 hingga 15 tahun)

3

 

Setiap tahun, kanak-kanak dari seluruh dunia telah berkongsi idea mereka mengenai masa depan mobiliti, dengan kira-kira 530,000 penyertaan yang diterima untuk tahun 2022.

Secara keseluruhan, pertandingan peringkat global telah menerima 8 juta karya seni daripada kanak-kanak di seluruh dunia dari 140 negara dan wilayah yang berbeza setakat ini.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…