UMW Toyota umum kempen servis penggantian komponen penggalak brek pada Hilux, Fortuner

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota selaku pengedar kenderaan berjenama Toyota dan Lexus di Malaysia telah mengmumumkan Kempen Servis Istimewa (SSC) bagi pemeriksaan dan penggantian komponen penggalak brek untuk model Hilux dan Fortuner.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut informasi daripada Toyota Motor Corporation (TMC), sebanyak 12,997 unit kenderaan terlibat di dalam kempen ini, terdiri daripada 11,571 unit Hilux dan 1,426 unit Fortuner yang dijual dan diproduksikan bermula Julai 2018 sehingga Januari 2019.

Keadaan ini disebabkan oleh omboh resin yang digunakan di dalam penggalak brek yang mampu menjejaskan prestasi membrek kenderaan yang disebutkan itu tadi.

UMW Toyota akan menghantar surat pemberitahuan kepada para pemilik kenderaan yang terjejas, dan proses penggantian komponen tersebut akan ditanggung sepenuhnya.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mana-mana pusat servis Toyota atau talian Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA (869682).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Global
Difahamkan, masalah tersebut berpunca daripada kipas pendesak (resin impeller) pada pam bahan api…
Berita Domestik
Antara kenderaan yang terlibat ialah model C3, C4, DS3, DS4 dan DS5 yang diproduksikan antara tahun…