UMW Toyota umum kempen servis khas ganti pam bahan api Toyota Avanza 2017-2019

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Toyota dan Lexus di Malaysia hari ini mengumumkan kempen servis khas (SSC) bagi menggantikan komponen pam bahan api bagi model Toyota Avanza.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia merupakan lanjutan kepada kempen yang telah diumumkan sebelum ini.

Menurut informasi daripada Toyota Motor Corporation (TMC), lebih 3,900 unit Toyota Avanza yang diproduksikan antara Oktober 2017 sehingga Jun 2019 yang diedarkan oleh UMW Toyota terlibat di dalam kempen terbaharu ini.

Pengguna kenderaan yang terjejas akan mengalami risiko kenderaan terhenti sendiri disebabkan pam bahan api yang berhenti beroperasi, selain memaparkan lampu dan mesej amaran pada panel instrumen, dan kenderaan tidak mampu untuk dihidupkan semula.

Para pemilik Toyota Avanza akan diberitahu oleh pihak UMW Toyota berhubung proses penggantian pam bahan api tanpa sebarang kos.

Untuk maklumat lanjut, pemilik diminta untuk menghubungi mana-mana Pusat Servis Toyota yang sah, atau Toyota Freephone di 1800-8-TOYOTA.