UMW Toyota umum kempen penggantian pam bahan api untuk model Toyota, Lexus

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, UMW Toyota mengumumkan kempen servis istimewa bagi menggantikan komponen pam bahan api pada sesetengah model Toyota dan Lexus.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini adalah berdasarkan informasi terbaharu daripada Toyota Motor Corporation (TMC) melibatkan 9,500 unit kereta baharu Toyota (Alphard, Vellfire, Camry, Corolla, Fortuner, Innova, C-HR dan Harrier) dan 850 kereta Lexus (ES250, GS200t, GS350, IS200t, LC500, LS500, LX570, NX300, RX300 dan RX350) yang dihasilkan bermula Julai 2017 sehingga Julai 2019.

Menurut Toyota lagi, kenderaan yang terjejas dengan komponen bermasalah tersebut berkemungkinan besar akan berhenti beroperasi, seterusnya lampu amaran akan menyala dan memaparkan mesej amaran pada panel instrumen.

UMWT akan menghubungi kesemua pemilik kenderaan yang terjejas bagi menggantikan unit pam bahan api tanpa sebarang caj.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Toyota Service Centre atau Toyota Freephone di talian 1800-8-TOYOTA (869682).

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…