UMW Toyota tutup tirai 2021 dengan peningkatan jualan 22 peratus, Vios model paling laris

oleh Mohamad Hanif|
Untuk tahun 2021, UMW Toyota Motor berjaya mencapai angka jualan keseluruhan sebanyak 72,3964 unit, atau peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Dalam pada itu, jumlah jualan bagi bulan Disember juga turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.5 peratus, dengan 9,289 unit terjual jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2020 (9,246 unit).

Toyota Vios masih lagi kekal sebagai model yang paling laris terjual dengan jumlah penguasaan sebanyak 31 peratus, sementara Toyota Hilux pula masih memegang takhta sebagai trak pikap paling laris di Malaysia sejak tahun 2005.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "kami ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan pelanggan setia kami kerana sokongan yang berterusan dan memilih Toyota sebagai teman jalanan mereka.
 

Cross Hybrid


Selari dengan sasaran untuk mencapai negara neutral karbon pada tahun 2050, Toyota bakal melancarkan model hibrid pemasangan tempatan pertama negara, Toyota Corolla Cross Hybrid dalam masa terdekat.

Menurut Naib Pengerusi UMW Toyota, Akio Takeyama menjelaskan, "rakyat Malaysia sememangnya menyokong teknologi hijau serta kelestarian alam sekitar, dan ini dibuktikan menerusi tempahan Corolla Cross Hybrid yang semakin meningkat sejak ia dibuka pada Oktober lalu.

"Pelancaran Corolla Cross Hybrid bakal mencatatkan pencapaian signifikan buat UMW Toyota Motor, selain membuka jalan untuk industri pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) di Malaysia," tambahnya lagi.

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…