UMW Toyota tawar diskaun 25 peratus untuk mangsa banjir

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota menawarkan program khas Toyota Flood Assist kepada para pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir kilat yang melanda baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif ini menawarkan diskaun sehingga 25 peratus kepada jumlah bil yang perlu dibayar termasuk alat ganti dan kos buruh, beserta percuma servis menunda, penilaian dan juga sebut harga kos pembaikan yang merangkumi penyingkiran komponen yang terjejas.

Selain daripada itu, UMW Toyota Motor turut menawarkan Pelan Pembayaran Mudah dengan kadar faedah sifar peratus bagi pelanggan yang layak untuk mengurangkan beban mereka.

Kesemua Pusat Servis Toyota, serta pusat Badan dan Cat di seluruh negara akan kekal dibuka untuk memastikan pelanggan yang terjejas mendapatkan akses yang diperlukan untuk kenderaan mereka yang rosak akibat banjir.

Para pemilik Toyota boleh menghubungi 24SEVEN Road Assist yang dibuka setiap hari, 24 jam tujuh hari seminggu, atau Talian Bebas Tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (1-800-8-869682).

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…