UMW Toyota serahkan 5 unit Toyota Mirai sel bahan api hidrogen kepada kerajaan Sarawak

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Sebentar tadi UMW Toyota Motor baru sahaja menyerahkan 4 unit Toyota Mirai sel bahan api hidrogen kepada SEDC Energy, dan 1 unit kepada Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan penyerahan 5 unit kereta tersebut, ia menandakan satu lagi langkah ke arah penyampaian 'Mobiliti untuk Semua' dan menghasilkan 'Kebahagiaan untuk Semua' disokong oleh komitmen Toyota ke arah neutraliti karbon menjelang 2050 serta Inisiatif Mobiliti Hijau dan Tenaga Hijau Sarawak.

 

2

 

Toyota pada peringkat global sememangnya komited terhadap neutraliti karbon global menjelang 2050 secara praktikal dan mampan sambil turut menyampaikan Mobiliti untuk Semua.

Syarikat gergasi Jepun itu dilihat sedang membangun barisan penuh kenderaan elektrik ke pasaran Asia bagi mengembangkan pilihan neutral karbon dan pengurangan karbon untuk pelanggan.

 

3

 

Bersama dengan strategi dan perancangan SEDC Energy dalam Ekonomi Hidrogen Sarawak dan Mobiliti Elektrik, laluan masa depan sifar pelepasan adalah dalam mengurangkan perubahan iklim .

Usaha ini adalah salah satu daripada banyak langkah dalam mewujudkan kesedaran kepada orang ramai tentang banyak penyelesaian yang tersedia dalam mobiliti.

 

4

 

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi elektroliser di Sarawak diharap dapat menghasilkan hidrogen yang lebih murah dalam tempoh lima hingga 10 tahun.

Sarawak menerusi SEDC Energy kini bekerjasama dengan Korea Selatan dan Jepun dengan matlamat menjadikan bahan bakar itu lebih murah.

 

5

 

Toyota Mirai yang diserahkan itu merupakan generasi kedua kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV), ianya dibina menggunakan platform TNGA-L.

Toyota Mirai didatangkan dengan susunan tangki bahan api berbentuk T, di mana konfigurasi tiga tangki ini mampu memuatkan lebih banyak kapasiti bahan api (5.6 kg) dan membenarkan jarak operasi sejauh 850 km!

 

7

 

Antara ciri keselamatan yang dilengkapi pada Toyota Mirai ialah Toyota Safety Sense, serta Toyota Teammate Advanced Driving Assist Function yang merupakan ciri pemanduan autonomi.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. berkata, “Untuk meneruskan pecutan kenderaan elektrik, Toyota telah melabur dalam penyelidikan dan pembangunan untuk pengkomersilan kenderaan sel bahan api hidrogen."

 

6

 

"Dengan penghantaran Mirai kepada SDEC Energy, yang bernafas seperti manusia dan hanya menghasilkan air serta kuasa mengagumkan, kedua-dua UMW Toyota Motor dan SEDC Energy bersedia untuk memanfaatkan peluang bagi mengkaji lebih lanjut potensi teknologinya."

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…