UMW Toyota sah bawa masuk GR Supra ke Malaysia September ini!

oleh Mohamad Hanif|
NISSAN MREC Banner Campaign Mar

Sebuah berita mengejutkan daripada UMW Toyota untuk tahun ini ialah mereka bakal membawa masuk model sports terbaharu Toyota Supra A90 atau GR Supra ke pasaran Malaysia. 

Sepeerti mana yang kita tahu, model ini tidak dihasilkan di mana-mana kilang pemasangan di Jepun mahupun di Bukit Raja, Klang seperti mana Toyota Yaris dan Vios. 

Ia merupakan model import sepenuhnya (CBU) dari kilang pemasangan Austria yang dikendalikan oleh pihak Magna Steyr, fasiliti yang sama digunakan untuk memasang Mercedes-Benz G-Class, BMW 5 Series, Jaguar E-Pace, dan juga kembarnya BMW Z4.
 


Tidak seperti model untuk pasaran Jepun yang menggunakan enjin empat silinder sebaris 2.0 liter B48B20, pasaran Malaysia pula bakal menerima Supra dengan nadi enam silinder sebaris 3.0 liter B58B30

Enjin berkuasa turbo itu mampu menjana kuasa setinggi 335 kuasa kuda dengan daya kilas 495 Nm digandingkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. 

Atas jalan, ia mampu memberikan pecutan sepantas 4.1 saat daripada pegun ke 100 km/j. 
 


Jika di luar negara, GR Supra didatangkan dengan tiga varian, sumber dalaman memberitahu Careta bahawa hanya versi tertinggi sahaja yang bakal memasuki pasaran Malaysia. 

Harga? 

Anda perlu menyediakan wang yang secukupnya (tidak kiralah ASB ke, duit poket isteri ke, dsb) kerana sumber itu turut memberikan harga jualan anggaran akan berkisar sekitar RM400-500 ribu. 

Baca: Toyota Supra A90 rasmi dilancarkan

Baca: Toyota Supra enjin empat silinder di Jepun

Baca: Bunyi enjin Toyota Supra

Baca: Pandu Uji Toyota Supra oleh Hezeri Samsuri

Berita Berkenaan

Berita Global
Apa pun perbezaan antara kedua belah pihak, bagi kami GR Supra masih lagi merupakan salah satu…
Berita Global
Namun, 'tradisi' itu berjaya dipecahkan kembali dengan kehadiran model-model kereta sports seperti…
Berita Global
Rocket Bunny kini menawarkan kit badan lebar khusus untuk model kereta sports pacuan roda belakang…