UMW Toyota perkenalkan "Toyota Service Savers", pakej penyelenggaraan dengan penjimatan sehingga RM922

oleh SALINA JALIL|
Untuk menjadikan penyelenggaraan lebih mudah, UMW Toyota Motor (UMWT) kini memperkenalkan Toyota Service Savers (TSS), sebuah pakej penyelenggaraan yang boleh dipilih ketika kenderaan baru dibeli. Untuk memudahkan pelanggan, pakej berkenaan juga boleh dimasukkan ke dalam pelan Toyota EZ Beli.


Dengan memilih pakej TSS, kos yang terlibat telah dikira dan termasuk sekali dari awal, dan ini bermaksud pelanggan hanya perlu menghantar kenderaan untuk diservis mengikut jadual tanpa perlu membayar apa-apa ketika mengambil semula kenderaan.


Ini juga akan memastikan kenderaan diservis tepat pada masanya.
Modenas

 

Pakej TSS boleh digunakan di semua 85 pusat servis sah Toyota di Malaysia dalam tempoh lima tahun dari tarikh ia dibeli. Harga bagi pakej TSS bergantung kepada model, bermula dari RM3,220 bagi Vios (penjimatan RM469) hingga RM6,030 bagi Hilux (penjimatan RM922).

 

Pakej-pakej berkenaan merangkumi semua keperluan setiap model pada selang jadual servis yang sepatutnya (seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pemilik) dan sudah termasuk sekali minyak pelincir dan alat ganti. Hanya alatan ganti tulen Toyota Genuine Parts atau yang disahkan oleh Toyota sahaja akan digunakan.

 

Sebagai manfaat tambahan, semua pelanggan TSS juga layak untuk menikmati potongan harga 10 peratus bagi alat ganti terpilih dan potongan harga 20  peratus bagi pakej imbangan dan jajaran tayar serta servis pendingin hawa di semua pusat servis sah Toyota.

 

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej Toyota Service Savers, pelanggan boleh menghub-ungi mana-mana bilik pameran atau pusat servis rasmi Toyota. Bagi mengetahui lokasi berdekatan anda, layari https://www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Pakej pembiayaan Islamik ini boleh didapati dengan dua pilihan pembiayaan iaitu An Naqlu 1 yang…
Berita Domestik
  Ini susulan kepada pengumuman syarikat pada awal Oktober 2017, yang menyatakan semua operasi…
Informasi
  Ini merupakan susulan kepada pengumuman yang dibuat pada awal Oktober 2017 dan November 2018…