UMW TOYOTA PERKENAL TOYOTA YARIS 2021 BAHARU BERMULA RM70,940

oleh Penyumbang Rencana 2|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) secara rasminya melancarkan model terbaru Toyota Yaris untuk pasaran tempatan bagi menyambut penghujung 2020.

Selepas mendapat sambutan hangat sejak diperkenalkan pada 2019, model Yaris terbaru ini dikeluarkan dengan ciri-ciri baru diperkemas dan diberi penambahan kosmetik termasuk aspek keselamatan yang dipertingkatkan dengan penawaran Toyota Safety Sense.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sama seperti model sebelumnya, untuk Yaris terbaru ini tiga varian ditawarkan bagi model 1.5G, 1.5E dan 1.5J, dengan semuanya dikuasakan oleh enjin Toyota 1.5 liter bertransmisi CVT tujuh kelajuan.

Untuk memperbaharui rekaan, Toyota telah meningkatkan lagi penampilan visualnya dengan rekaan bampar baru yang lebih menonjol yang menampakkan kereta lebih lebar. 
 

belakang yg tampak sportif


Yaris direka semula sepenuhnya, menampilkan gril yang lebih menyerlah dengan kepingan melintang, lampu utama reflektor LED tiga-bezel yang lebih nipis dengan lampu nyalaan siang LED berbentuk-L serta lampu kabus bulat dengan dalaman menegak berwarna hitam serta lip hadapan dengan dua tona.

Model baru ini juga kini tampil dengan rekaan yang menjurus kepada imej lebih sporty dilengkapi rim aloi dalam saiz yang berbeza bergantung kepada varian.

Menjengah ke bahagian dalaman, ia mengekalkan imej elegan dan penampilan paparan meter Optitron bagi semua varian kecuali 1.5J.

Meter Optitron ini pertama kali digunakan pada model model Lexus dan memiliki teknologi pencahayaan yang canggih dengan paparan yang lebih jelas dan tajam dalam semua keadaan.
Panel instrumen pula terdiri daripada paparan multi-maklumat (MID) dengan warna penuh dalam saiz 4.2-inci menggunakan skrin TFT (Thin Film Transistor).
 

panel hadapan yang tampak garang


Kemasan balutan kulit disediakan bagi beberapa varian, menjadikan kabin lebih premium dan untuk penampilan yang lebih elegan stereng dan tombol gear dibaluta dengan kulit dan kawasan sekitar panel instrument digelapkan.

Teknologi sambungan juga kini lebih baik dengan naik taraf paparan sistem audio 7 inci dengan disertakan sekali kesediaan sambungan Apple Car Play & Android  Auto (AACP). 

Ini membolehkan aplikasi daripada kebanyakan telefon termasuk aplikasi popular seperti Waze, Spotify, Google Maps dan aplikasi lain dipancarkan ke sistem audio berkenaan dan boleh dicapai melalui paparan yang ada. 

Sistem Telematik Kenderaan (VTS) juga datang standard untuk Yaris kecuali untuk varian 1.5J yang ditawarkan sebagai pilihan dan sistem ini menggunakan GPS/GSM untuk menjejak lokasi kenderaan pada setiap masa sekiranya ia dicuri, membolehkan pengesanan oleh pihak polis boleh dilakukan dengan pantas.
Dengan gaya hidup aktif masa kini dimana pengguna selalu membawa telefon dan peranti teknologi lainnya, ruang barangan turut disediakan di banyak bahagian dalam kabin untuk penumpang depan dan belakang. 

Selain ruang konsol tengah di antara kerusi depan, turut tersedia ialah poket luas pada panel pintu yang boleh memuatkan botol air serta ruang cawan dengan pencahayaan LED di dalamnya yang menyuntik elemen elegan tersendiri.

Untuk mengecas semula peranti elektronik, tersedia dua slot USB2.1A dan pengecas tanpa wayar, namum soket12V juga masih tersedia untuk kegunaan peranti elektronik lain atau sebagai sumber mengecas tambahan.
Lain- lain ciri tambahan pada model Yaris adalah sistem isyarat henti kecemasan (ESS) yang akan diaktifkan ketika berlaku brek kecemasan, selain sistem peringatan tali keledar belakang  untuk memastikan penumpang belakang mematuhi pemakaiannya. 
 

slick dan elegan


Ciri keselamatan standard termasuk tujuh beg udara SRS dan kawalan kestabilan kenderaan (VSC), selain semua varian didatangkan dengan ABS dan agihan daya brek elektronik (EBD) serta bantuan brek (BA). 

Aerokit pula ditawarkan sebagai pilihan, menambah penggayaan pada kereta dengan bampar depan rekaan baru untuk tampil berbeza. Dengan perakam video digital (DVR) depan dipasangkan secara standard untuk semua varian kecuali 1.5J.

Model Yaris ditawarkan pada harga bermula RM70,940 (varian 1.5J), RM80,380 (varian1.5E) dan RM84,808 (varian 1.5G).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di nombor 1-800-8-TOYOTA (869682).


Artikel oleh Hamimah Hamid & Mohd UmzarulFaiz Umar