UMW Toyota mulakan kembali operasi jualan, khidmat selepas jualan, kilang pemasangan 16 Ogos lalu

oleh Mohamad Hanif|
Bermula 16 Ogos yang lalu, kerajaan telah membenarkan sebilangan aktiviti ekonomi kembali beroperasi di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, dan sektor automotif merupakan antara yang telah pun dibenarkan beroperasi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Justeru itu, UMW Toyota mengumumkan mereka memulakan semula operasi jualan dan servis selepas jualan bagi jenama Toyota dan Lexus, serta memulakan kembali operasi kilang pemasangan mereka bermula 16 Ogos lalu.

Menurut Ravindran K selaku presiden UMW Toyota, "Kami mengalu-alukan inisiatif kerajaan untuk melonggarkan kembali sekatan yang dilaksanakan sebelum ini, memandangkan ia memberikan cabaran kepada perniagaan kami sejak dua bulan lalu.

"Dengan memulakan kembali aktiviti perniagaan terutama di pusat pameran Toyota dan Lexus bakal membolehkan kami bergerak ke hadapan dan melakukan peranan kami terhadap pemulihan ekonomi negara," jelasnya lagi.

Namun begitu, para pemilik kenderaan yang mahu menghantar kenderaan untuk diservis perlu membuat temujanji terlebih dahulu, memandangkan tiada sebarang pelanggan walk-in adalah dibenarkan sama sekali.

Malah, proses pembayaran juga adalah digalakkan secara nirtunai, disamping perlu menjaga penjarakan sosial dari masa ke semasa.

Semenjak pelaksanaan PKP tahun lalu, UMW Toyota telah menyediakan SOP yang tersendiri untuk digunakan di pusat pameran dan pusat servis, dan SOP ini masih lagi dikekalkan pelaksanaannya sehingga kini seperti pemeriksaan suhu, pendaftaran mySejahtera, penggunaan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka, serta menjalankan proses sanitasi premis.
 

UMW Toyota


Sementara aktiviti pengeluaran di dua kilang pemasangan UMW Toyota bakal beroperasi pada kapasiti tertentu bergantung kepada peratusan pekerja yang sudah pun selesai divaksin, di mana kapasiti penuh akan dibenarkan sekiranya lebih daripada 80 peratus daripada mereka sudah pun divaksin.

Menurut Ravindran lagi, UMW Toyota telah pun menjalankan program vaksinasi untuk para pekerjanya, dan kesemua mereka sudah pun divaksin atau bakal menerima suntikan vaksin dalam masa terdekat.

"Meskipun jumlah jualan yang rendah untuk bulan Jun dan Julai, kami masih lagi mempunyai jumlah tempahan yang menggalakkan untuk beberapa buah model dan akan bertindak sewajarnya bagi mengurangkan impak terhadap perniagaan serta pelanggan kami.

Menurut Akio Takeyama selaku Naib Pengerusi UMW Toyota berkata, "memandangkan sekatan telah pun dilonggarkan, ia memberikan kami peluang untuk melaksanakan pelbagai perancangan penting yang tertangguh.

"Seperti contoh, persiapan untuk pemasangan kenderaan elektrik hibrid Toyota, dan melihatkan kepada tempoh dua bulan yang mengganggu perancangan asal, kami akan bertindak secepat mungkin bagi menebus kembali waktu yang telah hilang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…