UMW Toyota mula war-war kehadiran C-HR

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laman web UMW Toyota hari ini mula menaikan informasi mengenai C-HR untuk pasaran tempatan.

Imej yang ditampilkan ialah model C-HR lengkap dengan bodykit yang hanya menjadi aksesori optional di kebanyakan pasaran.

Antara kelengkapan yang dipaparkan oleh UMW Toyota di dalam laman web mereka ialah kabin serba mewah, fungsi puddle-light pada cermin sisi (ala Range Rover Evoque) siap dengan logo C-HR, lampu utama dengan fungsi Follow-Me-Home (dan dari gambar, ia kelihatan menggunakan lampu LED untuk DRL dan juga HID atau LED juga untuk lampu utama), pembuka but dari luar, fungsi radar Rear Cross Traffic Alert (RCTA) yang mampu membaca kenderaan datang dari sisi 90-darjah (di belakang, ketika mengundur keluar dari parkir), dan enam warna pilihan di mana tiga menampilkan kombinasi dua warna ala Renault Captur.

chr rear

Enjin yang digunakan ialah enjin 1.8L petrol dengan transmisi automatik CVT lengkap dengan Sequential Shifter dan juga kelengkapan keselamatan yang tinggi (tidak diberitahu secara terperinci apa yang akan diberikan).

Careta menjangkakan UMW Toyota akan menggunakan C-HR ini untuk memberi saingan kepada dua model Honda - HR-V dan CR-V dan juga Mazda CX-3.

Harganya yang kami jangkakan berada dalam lingkungan RM120,000 sehingga RM140,000. 

Dan nampaknya UMW Toyota akan memperagakan C-HR ini di tiga lokasi seperti di bawah:

Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang (12-13 Ogos, semasa perlumbaan pertama Gazoo Vios Challenge)
UMW Toyota Motor Subang Jaya, Selangor (16-22 Ogos)
Mid Vallkey Megamall, Kuala Lumpur (23-27 Ogos)

Anda juga boleh mendaftar minat anda untuk membeli C-HR ini di laman web UMW Toyota di pautan ini.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Tacoma memiliki muka depan yang rugged dan menarik manakala 4Runner mewarisi ciri tersebut dan…
Berita Global
Ia berikutan dengan isu skandal penipuan ujian keselamatannya yang dilaporkan sebelum ini. Toyota…
Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…