UMW Toyota Motor tangguh operasi sehingga tamat PKP

oleh Mohamad Hanif|
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020, UMW Toyota mengesahkan kesemua pusat pengedar bertauliah Toyota dan Lexus akan kekal tidak beroperasi sehingga tarikh tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk memudahkan urusan pengguna, UMW Toyota telah menyediakan talian bantuan kecemasan 24 jam serta lima talian tambahan yang beroperasi bermula Isnin sehingga Jumaat.
 

Pertanyaan Umum dan Bantuan

*Isnin-Jumaat, 8am – 7pm

1800-8-TOYOTA (869682)

Talian Tambahan

*Isnin-Jumaat, 8am – 7pm

 

017-627 8962

016-869 6107

014-333 5380

016-633 2865

016-638 7678

Bantuan Kecemasan 24/7

1800-888-247

Emel Sokongan Pelanggan

[email protected]


Selain daripada itu, kesemua unit kenderaan yang dibeli secara sah daripada pihak pengedar rasmi UMW Toyota yang akan tamat tempoh waranti sepanjang tempoh PKP akan menerima tambahan 30 hari jaminan bermula dari tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan.

Manakala servis berkala yang telah dijadualkan ketika tempoh PKP akan diberikan tarikh temujanji baharu selepas operasi UMW Toyota dimulakan semula.

UMW Toyota menggalakkan orang ramai supaya kekal tenang di rumah dan mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…