UMW Toyota Motor beri jaminan terhadap kualiti dan keselamatan Vios 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|
UMW Toyota Motor umumkan bahawa penjualan Toyota Vios serba baharu akan diteruskan kerana tiada masalah dengan standard keselamatan dan kualiti kenderaan.

BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Bagi pelanggan yang telah menempah Toyota Vios baharu atau berminat untuk membelinya, kami ingin memberi jaminan bahawa Toyota Vios baharu mematuhi semua peraturan keselamatan dan tiada kompromi terhadap kualiti kenderaan.”

Perkara tersebut berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh Daihatsu Co Ltd. pada 28 April 2023 yang mengetengahkan prosedur ketidakteraturan pada ujian empat model, salah satunya termasuk Toyota Vios serba baharu.

Ujian seterusnya telah mengesahkan bahawa kenderaan itu memenuhi pensijilan UN-R95 dan tidak ada keperluan untuk Toyota Vios ditarik balik kerana jualan kenderaan itu berterusan tanpa gangguan.

“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami pelanggan kami dan kami ingin memberi jaminan kepada semua keselamatan dan kualiti kenderaan kami. Komitmen kami terhadap keselamatan pelanggan sentiasa dan kekal paling utama dalam keutamaan kami”

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini, UMW berjaya melonjakkan angka jualan sebanyak 16…
Berita Domestik
Tidak seperti model negara jiran yang telah mendapat muka baharu, Yaris IMP 2023 untuk pasaran…
Model Terbaharu
Kehadiran model sedan sporti tersebut bakal menyertai keluarga GR Sport yang lain termasuklah…