UMW Toyota lancar program Toyota Eco Youth - "Menjadi Superhero Untuk Selamatkan Dunia"

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor telah melancarkan program Toyota Eco Youth bertemakan "Menjadi Superhero Untuk Selamatkan Dunia" bagi mendidik golongan sasaran berkaitan pemuliharaan alam sekitar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam masa yang sama, ia juga bertujuan untuk melatih para pelajar menjadi pelopor dalam usaha perlindungan alam sekitar ke arah kualiti hidup yang lebih baik. 
 


Program Toyota Eco Youth menjadi sebahagian di dalam usaha global Toyota Motor Corporation menerusi Toyota Environmental Challenge 2050 dengan sasaran mengurangkan pembebasan karbon dioksida, mengoptimumkan sumber air dan mewujudkan masyarakat yang giat mengitar semula. 

Semenjak dari tahun 2001, Toyota telah membelanjakan hampir RM7 juta bagi menjalankan program berbentuk kesedaran terhadap perlindungan alam sekitar. 

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, "Usaha kami untuk menjayakan acara tahunan ini menunjukkan komitmen berterusan terhadap kepentingan mendidik remaja bagi menggalas tanggungjawab dalam melindungi dan melestarikan alam sekitar.
 


Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, YBhg Dato' Dr. Mohd Gazali bn Abas yang turut hadir dalam majlis sama turut menyokong pandangan berkenaan. 

"Program TEY selari dengan aspirasi kementerian serta penglibatan pelajar di dalam projek ini tidak hanya akan memberikan kesedaran, tetapi turut membantu menunjukkan pendekatan secara praktikal bagi teknik penyelesaian masalah cara Toyota.

Penyertaan dibuka kepada semua sekolah di seluruh Malaysia, termasuklah sekolah swasta dan antarabangsa, manakala 12 sekolah telah dipilih berdasarkan serahan video berkaitan subjek yang ditetapkan. 
 


Kesemua pelajar dari sekolah ini akan mengikuti sesi bengkel selama tiga h ari untuk diberikan pendedahan terhadap Kaedah Penyelesaian Masalah Toyota yang terkenal di seluruh dunia. 

Setelah itu, setiap pasukan akan diberikan masa tiga bulan untuk melengkapkan usaha berkaitan alam sekitar, serta cadangan projek dengan perbelanjaan sebanyak RM2,000 diberikan untuk memulakan projek. 

Perjalanan projek itu pula akan ditinjau dan dinilai secara berterusan oleh pasukan khas dari UMW Toyota, yang akan memutuskan pemenang peringkat akhir pada penghujung tempoh program ini November 2019 nanti.

Pasukan yang menang akan membawa pulang hadiah wang tunai menarik seperti berikut; tempat pertama ditawarkan hadiah wang tunai RM10,000, diikuti RM7,000 untuk tempat kedua, RM4,000 untuk tempat ketiga, RM2,000 untuk tempat keempat manakala hadiah saguhati pula bernilai RM1,000. 

RM500 juga masing-masing akan akan diberikan bagi setiap persembahan video terbaik dan juga guru sokongan terbaik.

Berita Berkenaan

Uncategorized
Pada tahun ini, sebanyak 15 sekolah menengah di seluruh negara mengambil bahagian, yang diwakili…
Berita Domestik
Majlis tersebut turut disertai bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan wakil UMW Toyota…
Berita Domestik
Program ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah yang berumur antara 13-16 tahun dan tiada had…