UMW Toyota kekalkan kelestarian alam melalui usaha penanaman pokok bakau

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Sebagai usaha bagi menjaga dan mengekalkan kelestarian alam sekitar, UMW Toyota Motor (UMWT) baru-baru ini telah manganjurkan program penanaman pokok bakau yang dihoskan oleh Malaysian Nature Society (MSN) di Tanjung Tuan, Melaka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Inisiatif tersebut selaras dengan matlamat Toyota Motor Corp untuk mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050, bukan hanya untuk produk yang dihasilkan malahan melibatkan semua aspek dalam perniagaan global mereka.

 

2

 

Inisiatif Pucuk Hijau UMW (Inisiatif UGS) merupakan cara Toyota untuk mengimbangi pelepasan CO2 Malaysia yang menyokong Kempen Penanaman 100 Juta Pokok Kebangsaan dan mencapai ketiga-tiga objektif Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG).

Ia dianjurkan serentak dengan acara Raptor Watch 2023, dimana ia merupakan acara tahunan yang membolehkan orang ramai melihat pelepasan burung-burung yang berhijrah dari tempat pembiakan di Malaysia hingga ke hemisfera utara.

 

3

 

Program tersebut juga menyasarkan untuk mewujudkan kesedaran memastikan pemuliharaan berterusan di Hutan Simpan Tanjung Tuan.

Penanaman anak pokok bakau bakal membantu pemulihan ekosistem paya bakau di Tanjung Tuan, yang musnah akibat tumpahan minyak pada tahun 2020.

Penanaman lebih 6,100 anak pokok itu melibatkan 250 sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan kakitangan UMWT, pelajar dan guru dari Universiti Putra Malaysia, Serdang (UPM), Politeknik Port Dickson, Taylor's Universiti dan orang ramai.

 

4

 

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K. berkata, “UMW Toyota Motor berbangga dapat membantu memulihkan dan memelihara alam sekitar melalui Inisiatif Pucuk Hijau UMW."

"Sebagai warga korporat yang baik, kami boleh menyediakan sumber untuk menyokong usaha dalam menangani perubahan iklim dan mencapai neutraliti karbon,"

“Selain itu, kami telah memasang Kenderaan Elektrik Hibrid di Malaysia sejak 2022 dan akan mengumumkan rancangan lanjut mengenai elektrifikasi rangkaian produk Toyota.”

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kehadiran Hiace SLWB sekaligus menjadi tambahan baharu kepada rangkaian model Hiace yang menjadi…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran terdahulu, Hiace Panel Van kini didatangkan dengan enjin diesel turbo 3.0…
Informasi
Bukan itu sahaja, sejak generasi pertama diperkenalkan pada tahun 2003, ia kekal menjadi sedan…