UMW Toyota jual pusat jualan kepada pengedar

oleh HEZERI SAMSURI|
UMW Toyota Sdn Bhd (UMWT) hari ini mengumumkan satu perubahan drastik di dalam strategi perniagaan mereka.

Mulai Januari ini, majoriti pusat jualan milik UMWT akan dijual kepada pengedar-pengedar Toyota sedia ada secara berperingkat-peringkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebelum ini, pusat jualan Toyota dimilki oleh gabungan saham UMW dan pengedar, antara 60:40 atau 50:50.

Pengumuman terbaharu ini akan melihat UMWT menjual pegangan milik mereka ke atas pusat jualan sedia ada di seluruh Malaysia kepada pengedar mereka sekarang atau sesiapa yang mahu melabur dalam perniagaan pengedaran kenderaan Toyota.

Tindakan ini dilakukan kerana UMWT dikatakan mahu memberi lebih tumpuan kepada aktiviti-aktiviti hiliran yang lebih bernilai tinggi seperti perkembangan produk, pemasaran dan bantuan kepada pengedar.

Pengedar pula boleh terus menumpukan kepada perkhidmatan yang memuaskan kehendak pelanggan.

Menurut Ravindran Kurusamy, Presiden UMWT, adalah penting untuk UMWT terus menerus mencapai standard kepuasan perkhidmatan dari para pelanggan.

Selama ini, UMWT memegang (saham majoriti)  kebanyakan pusat jualan Toyota di seluruh Malaysia dan itu yang sering dijadikan alasan kenapa perkhidmatan pelanggan Toyota mencapai tahap terbaik di dalam negara, walhal ada pusat jualan Toyota yang dimiliki oleh pengedar tetapi masih mencapai pemarkahan yang tinggi dalam indeks kepuasan pelanggan.

Sumber dalaman Careta berkata UMWT sudah mempunyai formula untuk memastikan pengedar mereka mematuhi standard kualiti tinggi Toyota dan yakin bahawa walaupun pusat jualan bukan milik UMWT, mereka masih boleh memastikan kualiti berada di peringkat maksimum.

Dengan ini, UMWT semakin hampir mengikut langkah Honda Malaysia di mana Honda Malaysia langsung tidak memiliki sebarang pusat jualan Honda.

Ini juga akan membantu kos tetap atau kos overhead UMWT kerana ia tidak perlu lagi memikirkan akan pengurusan pusat jualan di seluruh negara.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program tanggungjawab sosial korporat ini adalah kesinambungan daripada Inisiatif Pucuk Hijau UMW (…
Informasi
  Pusat perkhidmatan tersebut terletak di kawasan seluas 1.2 ekar, dengan barisan kedai seluas 25,…
Informasi
  Produk pertama dalam segmen hijau itu dilancarkan bersempena majlis Persidangan dan Pameran…