UMW Toyota jual 47,000 unit kereta enam bulan pertama 2024

oleh Penyumbang Rencana|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) merekodkan prestasi jualan bulanan luar biasa dalam tempoh enam bulan pertama 2024 sebanyak 47,000 unit.

Presiden UMWT, Datuk Ravindran K berkata, pada Jun 2024, UMWT mencapai jumlah jualan bulanan sebanyak 7,600 unit.

Beliau berkata, ia mencerminkan inisiatif syarikat dan promosi berfokuskan pelanggan yang berjaya, menonjolkan dedikasi berterusan dalam menyediakan penyelesaian mobiliti inovatif.

Katanya, prestasi jualan yang positif pada Jun mencerminkan dedikasi kumpulan, didorong oleh usaha promosi yang berjaya dan fokus pada kepuasan pelanggan serta tanggungjawab sosial.

"Kami bersyukur atas kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan melalui prestasi jualan itu.

"Kepercayaan ini menguatkan komitmen kami kepada masyarakat dan selari dengan visi kami untuk 'Move Your World'," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebagai sebahagian daripada komitmen meningkatkan pengalaman pembelian, UMWT memperkenalkan promosi 'Peace of Mind with Every Drive' untuk Julai 2024, menawarkan pelanggan sehingga 100 peratus pembiayaan untuk model terpilih.

Pembeli dapat menikmati penjimatan termasuk promosi bernilai sehingga RM7,500 untuk Yaris baharu, dengan ansuran pembelian bulanan bermula dari hanya RM688.

Program Toyota Service Savers juga menawarkan ansuran bulanan mudah bermula serendah RM31.

UMWT terus berinovasi dan menetapkan penanda aras baharu dalam industri automotif, sentiasa berusaha untuk memberikan kecemerlangan dan penyelesaian yang berpandangan ke hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Walaupun berdepan persekitaran pasaran yang semakin kompetitif, UMWT terus mengekalkan…
Sukan Bermotor
Penyertaan itu menandakan langkah penting Toyota Malaysia untuk mengembangkan penglibatan mereka…
Berita Domestik
Jualan bulan Disember 2025 sahaja mencatatkan 14,284 unit, mencerminkan momentum kukuh sehingga ke…