UMW Toyota gesa para pemilik segera tukar unit modul beg udara yang terjejas

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini melahirkan sokongan penuh mereka terhadap keseriusan kerajaan di dalam menangani isu penggantian beg udara Takata.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pihak Media, Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengeluarkan kenyataan supaya pihak JPJ tidak lagi membenarkan pembaharuan lesen cukai jalan pada kenderaan yang masih belum membuat sebarang penukaran unit beg udara yang terjejas. 

Penukaran beg udara tersebut adalah perlu disebabkan kadar degradasi gas di dalam modul tersebut mampu menyebabkan beg udara meletus ketika mengembang. 

Ini menjadikan besi tajam pada modul tersebut terpelanting menuju ke arah pemandu atau penumpang hadapan yang menyebabkan kecederaan serius ataupun kematian. 

"Sejak 2013, Toyota Motor Corportation aktif memanggil semula kenderaan yang dikenal pasti terkesan akibat isu beg udara Takata ini dan kos penukaran pula ditanggung sepenuhnya oleh pihak pengeluar," jelas Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMW Toyota Motor. 
 


Sehingga kini, UMW melaporkan lebih 91% kenderaan Lexus (di bawah tiga tahun) dan 53% kenderaan Toyota (di bawah enam tahun) telah selesai menjalani proses penukaran modul yang terjejas itu. 

Menurut UMW lagi, pemilik kenderaan Toyota yang dikeluarkan bermula dari tahun 2001-2014 dan 2007 sehingga 2016 adalah dinasihatkan supaya menghubungi pihak UMWT supaya menghubungi mereka untuk proses selanjutnya. 

"Keselamatan merupakan kepentingan utama kami dan kami telah melakukan sedaya upaya kami untuk menghubungi para pemilik menerusi pelbagai cara. Kami mengucakapkan rasa syukur atas inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan terhadap isu ini," ujar Ravindran K, Presiden UMW Toyota Motor. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Panggilan semula itu melibatkan 2,297 unit kenderaan, terdiri daripada model Audi Q5, A5 Cabriolet…
Berita Global
Panggilan semula itu melibatkan sejumlah 61,000 unit kenderaan di US, yang terdiri daripada 50,000…
Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…